Jumaat, 7 Disember 2018 | 11:03pm
ABDULLAH Jones di Galeri Prima Balai Berita. - NSTP/Amirudin Sahib
LIU Cheng Hua di Galeri Prima Balai Berita. - NSTP/Amirudin Sahib.

Mindscape di Galeri Prima

KUALA LUMPUR: Galeri Prima Balai Berita menganjurkan pameran berkumpulan ‘Mindscape’ menampilkan gabungan 17 pelukis veteran dan muda tempatan daripada latar belakang kesenian yang berbeza.

Ini adalah pameran kedua selepas pameran Ambiguity diadakan tahun lalu.

Menerusi penerokaan pelbagai gaya dan idea, pelukis yang terbabit mengolah landskap pemikiran mereka bagi menghasilkan karya mereka.

Antara pengkarya yang terbabit dalam pameran bermula 12 November sehingga 21 Disember itu ialah Abdullah Jones, Ahmad Fauzi, Aely Manaf, Azman Nor dan Hamdan Saarani.

Kira-kira 80 karya dipamerkan termasuk lukisan, ukiran, percetakan, lukisan relief dan media campuran.

Pameran Mindscape menonjolkan eksperimen dan penemuan tidak konvensional pengkarya dalam usaha untuk menarik perhatian dan meningkatkan kebolehan kreatif mereka.

Antara karya hebat yang boleh disaksikan oleh pengunjung adalah cetusan idea Rosli Zakaria dan Liu Cheng Hua yang menggunakan bahan terbuang sebagai medium untuk menukarnya menjadi hasil kerja yang elegan dan bersifat intrinsik.

Pameran dibuka kepada orang ramai di Anjung Riong, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Balai Berita, 31, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.

Berita Harian X