Rabu, 12 Disember 2018 | 12:11pm
TINJAUAN banjir kilat sekitar Kampung Masjid Acheh Kebun Lama. Hujan berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandaraya Georgetown dilanda banjir kilat. - Foto Ramdzan Masiam

Pulau Pinang dilanda banjir kilat

GEORGETOWN: Hujan berterusan sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandaraya di sini, dilanda banjir kilat.

Hujan lebat yang mula turun sejak jam 3 pagi itu turut menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air mencecah paras sehingga kira-kira 0.6 meter.

Antara kawasan yang terjejas adalah Jalan P Ramlee, Lorong Kulit, Kampung Makam, jalan berdekatan Stadium Bandaraya, dan beberapa laluan di sekitar Georgetown.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Timur Laut, Kapten C Sehgar, berkata banjir kilat dipercayai berpunca daripada taburan hujan yang tinggi ketika waktu air laut pasang.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan yang dibuka dan semuanya masih dalam keadaan terkawal.

“Banjir kilat juga menyebabkan beberapa laluan utama terpaksa ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Sehgar berkata, APM turut mengerahkan 20 anggota bersama dua unit bot, dibantu bersama 10 anggota polis, bagi membantu orang awam dan mangsa banjir yang terjejas.

Katanya, operasi tamat pada jam 11 pagi dan kerja pembersihan akan dilakukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Berita Harian X