Khamis, 13 Disember 2018 | 2:20pm
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tengah) melawat gerai pameran selepas menghadiri Taklimat Khas Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), di Lawas. - Foto Melvin Joni

RM1.5 bilion biaya 90 projek pembangunan NRDA

RM1.5 bilion biaya 90 projek pembangunan NRDA

[email protected]

Kuching: Sejumlah RM1.5 bilion diperuntukkan Kerajaan Sarawak bagi melaksanakan 90 projek pembangunan yang dikenalpasti dalam kawasan Agensi Pembangunan Utara Sarawak (NRDA).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek berkenaan yang akan dilaksanakan di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) merangkumi projek pembangunan infrastruktur, termasuk program sosio ekonomi.

“Projek dikenalpasti itu termasuk jalan, bekalan air dan Lapangan Terbang Lawas, selain kajian ke atas Pelabuhan Lawas Lawas,” katanya selepas menghadiri Taklimat Khas Pelan Pembangunan NRDA, di sini semalam.

Awang Tengah berkata, NRDA memiliki potensi ekonomi yang besar berpunca dari kesan limpahan Kawasan Pertumbuhan Asia Timur - Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).

“Ia turut mendokong usaha pembangunan di kawasan tadbir selia Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA), selain perdagangan dua hala antara Brunei Darussalam - Sarawak serta pembangunan tenaga hidro negeri.

“NRDA boleh memanfaatkan lokasi strategiknya yang berjiran dengan Brunei, Labuan, Sabah dan Indonesia,” katanya.

Penubuhan NRDA juga, katanya, akan mempercepat pembangunan infrastruktur dan kemudahan di rantau ini serta menarik pelaburan yang akan meningkatkan status sosio-ekonomi penduduk tempatan.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X