Sabtu, 2 Februari 2019 | 5:59pm
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini, berkenan meninjau projek The As[email protected] Bukit Senyum, di sini, yang menjadi bangunan kediaman tertinggi di Asia Tenggara. - Foto Ihsan Sultan Ibrahim

Sultan Johor lawat bangunan kediaman tertinggi Asia Tenggara

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, hari ini, berkenan meninjau projek The [email protected] Bukit Senyum, di sini, yang menjadi bangunan kediaman tertinggi di Asia Tenggara.

Menerusi kenyataan dimuat naik dalam laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim, turut berangkat mengiringi Baginda ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan keluarga Diraja Johor disambut oleh Pengasas dan Pengerusi Astaka Padu Sdn Bhd, Datuk Daing A Malek A Rahaman dan Ketua Pegawai Eksekutif Astaka Padu, Datuk Zamani Kasim.

Baginda meluangkan masa hampir satu jam meninjau persekitaran dan kemudahan di bangunan itu sebelum diraikan dalam satu majlis santapan.

Projek Astaka yang siap dibina sepenuhnya pada 26 Jun tahun lalu mempunyai ketinggian 304.75 meter dan kini menjadi satu mercu tanda utama Bandaraya Johor Bahru.

Berita Harian X