Khamis, 14 March 2019 | 12:20pm
Abd Aziz (tiga dari kiri) menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM yang diperoleh pelajar cemerlang Kedah, Ooi Shi Ern, pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2018 Peringkat Negeri Kedah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra. - NSTP/Amran Hamid

Dari kiri, pelajar cemerlang Kedah, Ooi Shi Ern, Ng Wen Jia, Ng Woon Yee, Beh Qian Jun, Khong Yi Fei, M Kayalvili dan Arminder Singh Punn Maninder Singh menunjukkan slip keputusan SPM 2018 masing-masing. - NSTP/Amran Hamid

Kedah catat GPN 5.05, lebih baik berbanding 2017

KUBANG PASU: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di negeri ini mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Negeri (GPN) 5.05 berbanding 5.07 pada 2017, manakala Gred Purata Nasional, 4.95.

Pengarah Pendidikan Kedah, Abd Aziz Selaiman, berkata seramai tujuh calon di negeri ini mendapat pencapaian cemerlang tertinggi iaitu 11A+ dan 10A+ dengan 378 memperoleh gred semua A daripada keseluruhan 32,003 calon yang menduduki SPM tahun lalu.

Beliau berkata, mereka yang memperoleh 11A+ ialah Ooi Shi Ern dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keat Hwa 1; Ng Wen Jia (SNK Dato Bijaya Setia); Ng Woon Yee, Beh Qian Jun dan Khong Yi Fei (SMK Sin Min); manakala M Kayalvili (SMK Kulim) dan Arminder Singh (SMK Sultan Badlishah) pula 10A+.

“Berdasarkan GPN Kedah, pencapaian calon bandar ialah 4.70 pada 2018 berbanding 4.66 pada 2017. Pencapaian calon luar bandar juga meningkat dari segi GPN Kedah iaitu 5.41 pada 2018 berbanding 5.49 bagi 2017.

“Sebanyak 13 buah sekolah mencapai gred purata di bawah 3.0 iaitu bertambah satu sekolah berbanding tahun lalu manakala lima buah sekolah memperoleh peningkatan gred purata 0.75 dan ke atas, ” katanya.

Beliau berkata, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Sejarah menunjukkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 0.23 iaitu 5.39 kepada 5.16.

Katanya, terdapat 64 sekolah pula melepasi pencapaian Gred Purata Nasional 4.95 daripada 200 sekolah.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X