Ahad, 14 April 2019 | 4:46pm
JELI 14 APRIL 2019. Sebahagian 77 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Jeli dan Bachok yang menyertai Eksplorasi Alam Misi Teroka Sumber Mineral Semulajadi selama tiga hari pada 04 hingga 06 April lalu yang turut disertai sukarelawan daripada Kelab Kembara 4x4 Kelantan di Kampung Kalai, Jeli. NSTP/IHSAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Penuntut UMK dulang emas, batu permata dianggar bernilai RM22,000

BACHOK: Seramai 77 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berjaya mendulang 43.75 gram emas dan ketulan batu permata dianggarkan bernilai RM22,000 pada Kem Eksplorasi Alam Misi Teroka Sumber Mineral Semula Jadi.

Program membabitkan penuntut UMK Kampus Kota, Jeli serta Bachok itu julung kali diadakan di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli, baru-baru ini, dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA) sebagai memenuhi tuntutan pengajian Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan serta Fakulti Sains Bumi.

JELI 14 APRIL 2019. Ketulan kecil emas yang berjaya didulang pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang menyertai Eksplorasi Alam Misi Teroka Sumber Mineral Semulajadi di Kampung Kalai, Jeli. NSTP/IHSAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Timbalan Naib Canselor UMK (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Zaliman Sauli, berkata penuntut berkenaan diberi tunjuk ajar cara mendulang emas secara tradisional di tapak lombong emas di pedalaman Jeli, dengan menggunakan kuali dan dulang yang dipahat daripada kayu banir.

“Hasilnya, mereka berjaya mendulang beberapa gram emas yang dinilai oleh pakar mampu mencecah harga RM7,000, selain menemui ketulan batu permata dikenali sebagai batu kecubung bernilai RM15,000,” katanya.

Beliau berkata, kem selama tiga hari itu turut disertai sukarelawan daripada Kelab Kembara 4x4 Kelantan.

Sementara itu penyelaras program, Mohd Asmawi Isa, berkata kawasan pedalaman Jeli kaya dengan sumber mineral seperti emas, perak dan batu permata yang sesuai untuk aktiviti penyelidikan.

“Penuntut terbabit bukan saja mendapat pengalaman baharu mendulang emas tetapi juga diajar fasilitator untuk mengesan jenis tanah berpotensi dan teknik betul mengasingkan batuan permata daripada batuan unsur lain,” katanya.

Penuntut UMK, Ku Muhammad Ku Roseli, 22, menyifatkan penyertaannya dalam program itu sebagai pengalaman amat berharga, apatah lagi berjaya menemui batu permata berwarna putih dianggarkan bernilai RM350.

“Selepas lebih setengah jam mencari, saya menemui batu permata disahkan asli oleh pakar yang turut bersama kami. Buat masa ini, saya mahu menyimpannya sebagai kenangan,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X