Ahad, 14 April 2019 | 11:44pm
PERSEMBAHAN tarian dan nyanyian tradisional pada pembukaan Melaka Muzikal Extravaganza sempena sambutan Ulang Tahun Ke-16 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran MBMB, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman

5,000 saksi Melaka Muzikal Extravaganza

MELAKA: Lebih 5,000 warga bandar raya ini menyaksikan persembahan Melaka Muzikal Extravaganza sempena sambutan Ulang Tahun Ke-16 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran MBMB, di sini, malam ini.

Majlis bermula pada jam 8.45 malam itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri, Adly Zahari.

Turut hadir, barisan EXCO kerajaan negeri dan Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Mansor Sudin.

Lebih istimewa, konsert yang dipimpin Lok U sebagai pengarah muzik itu turut diperkuatkan dengan iringan Orkestra Kolej Yayasan Saad Melaka terdiri daripada pelajar sekolah berumur antara 13 hingga 17 tahun.

MISHA Omar membuat persembahan pada pembukaan Melaka Muzikal Extravaganza sempena sambutan Ulang Tahun Ke-16 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran MBMB, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman

Antara artis yang membuat persembahan pada majlis itu termasuklah Datuk Ramli Sarip, Misha Omar, Hael Husaini, Man Kidal, Winnie K dan Sasi The Don.

Kemeriahan Melaka Muzikal Extravaganza itu turut diserikan dengan persembahan penari kebudayaan dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka serta Badan Kebudayaan dan Kesenian MBMB.

MBMB turut mengadakan pelbagai program istimewa sepanjang bulan ini termasuk Fiesta Mural, Pertandingan Vlog MBMB, kejohanan dart dan mewarna, selain pengurangan kompaun saman serta cukai tafsiran khusus kepada warga bandar raya Melaka bersempena sambutan ulang tahun MBMB.

DATUK Ramli Sarip membuat persembahan pada pembukaan Melaka Muzikal Extravaganza sempena sambutan Ulang Tahun Ke-16 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran MBMB, malam ini. - Foto Khairunisah Lokman

Berita Harian X