Khamis, 18 April 2019 | 1:18pm
UNGKA Tangan Putih dikenali 'Melati' antara haiwan yang hampir pupus yang dipelihara di Istana Anak Bukit, Alor Setar akan pamerkan di Taman Hidupan Liar Langkawi. - Foto Hamzah Osman
UNGKA Tangan Putih dikenali 'Melati' antara haiwan yang hampir pupus yang dipelihara di Istana Anak Bukit, Alor Setar akan pamerkan di Taman Hidupan Liar Langkawi. - Foto Hamzah Osman

Ungka tangan putih tarikan baharu THLL

LANGKAWI: Haiwan hampir pupus, ungka tangan putih dikenali sebagai ‘Melati’ menjadi tarikan baharu pengunjung ke Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) di sini.

Ungka betina atau nama saintifiknya Hylobateslar berusia 31 tahun itu adalah kurniaan Sultan Kedah, Tuanku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Haiwan berbulu coklat kemerahan dan memiliki gegelung bulu putih sekeliling tangan dan kaki dipindahkan dari Istana Anak Bukit, Alor Setar ke THLL pada 9 April lalu.

Pelepasan spesies haiwan terancam ke sangkar pameran untuk tontonan awam di taman itu disempurnakan pemilik THLL, Datuk Richard Long, hari ini.

Pengurus Taman THLL, Nur Hamzani Hamzah, berkata sebanyak RM60,000 dibelanjakan pihaknya bagi membina sangkar haiwan kesayangan Tuanku Sallehuddin itu.

UNGKA Tangan Putih dikenali 'Melati' antara haiwan yang hampir pupus yang dipelihara di Istana Anak Bukit, Alor Setar akan pamerkan di Taman Hidupan Liar Langkawi. - Foto Hamzah Osman
UNGKA Tangan Putih dikenali 'Melati' antara haiwan yang hampir pupus yang dipelihara di Istana Anak Bukit, Alor Setar akan pamerkan di Taman Hidupan Liar Langkawi. - Foto Hamzah Osman

“Kami memikul tanggung jawab diberikan pihak istana untuk menyediakan tempat tinggal yang selesa selain memastikan Melati mempunyai pasangan hidup serta keluarga yang bahagia pada masa akan datang.

“Ia seiring pelan syarikat melakukan penambahbaikan zoo menerusi membawa masuk lebih banyak spesies haiwan unik untuk tontonan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, THLL adalah destinasi ‘mesti lawat’ di Langkawi dan mendapat pengiktirafan portal pelancongan TripAdvisor untuk Anugerah Kecemerlangan selama enam tahun berturut-turut sejak 2013.

Berita Harian X