Ahad, 21 April 2019 | 11:22am
MENTERI Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, memasuki Istana Pasir Pelangi jam 10.50 pagi untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Muhyiddin, MB Johor mengadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiba di Istana Pasir Pelangi, di sini, sebentar tadi.

Selain itu, turut kelihatan kenderaan rasmi membawa Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, yang mengetuai rombongan memasuki Istana Pasir Pelangi pada jam 10.50 pagi.

Difahamkan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memberi perkenan kepada Muhyiddin untuk terima mengadap, hari ini.

Agenda pertemuan itu tidak diketahui, namun berkemungkinan untuk mempersembahkan senarai barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) bagi memperoleh perkenan Sultan Ibrahim.


MENTERI Dalam Negeri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal, memasuki Istana Pasir Pelangi jam 10.50 pagi untuk mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Berita Harian X