Ahad, 21 April 2019 | 1:45pm
Dr Sahruddin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Muhyiddin yang mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Muhyiddin kunjung hormat MB Johor

ISKANDAR PUTERI: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Dr Sahruddin Jamal, di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di Pejabat Menteri Besar pada jam 12.50 tengah hari selepas lebih sejam mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Kunjungan hormat Muhyiddin adalah yang pertama selepas Dr Sahruddin dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-17 menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian, 14 April lalu.

Berita Harian X