Isnin, 29 April 2019 | 9:40am
Sebahagian 450 ahli keluarga pahlawan Pahang Pawang Nong yang menyertai Majlis Silaturahim Keluarga Nong [email protected] Nong Santan di Dewan Ulu Cheka. - Foto Mohd Rafi Mamat

450 waris pahlawan Pawang Nong berkumpul

JERANTUT: Usaha selama lebih dua tahun untuk mengumpul waris pahlawan Pahang, Pawang Nong akhirnya menjadi kenyataan apabila seramai 450 ahli keluarga berkumpul pada Majlis Silaturahim Keluarga Nong [email protected] Nong Santan di Dewan Ulu Cheka, di sini, semalam.

Pengerusi program, Kamaruddin Yusof, 57, berkata, perhimpunan jejak waris Pawang Nong itu adalah kali pertama diadakan bagi mengeratkan hubungan persaudaraan.

Katanya, tempoh agak lama diambil bagi menjayakan program terbabit memandangkan kebanyakan ahli keluarga menetap di beberapa negeri dan tidak dapat meluangkan masa untuk hadir.

“Saya bersama beberapa ahli jawatankuasa program melakukan pelbagai usaha untuk menghimpunkan waris Pawang Nong sejak lebih dua tahun lalu dan akhirnya impian bertemu dan bersemuka menjadi kenyataan.


Pengerusi Majlis Silaturahim Keluarga Nong [email protected] Nong Santan, Kamarudin Yusof (tengah) bersama sebahagian ahli keluarga warga emas yang berhimpun di Dewan Ulu Cheka. - Foto Mohd Rafi Mamat

“Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program antaranya majlis tahlil, persembahan silat, sumbangan kepada warga emas berusia lebih 70 tahun dan cabutan nombor bertuah,” katanya yang juga cucu Pawang Nong.

Beliau berkata, pada awalnya pihak penganjur menyasarkan seramai 600 yang akan hadir, namun hanya 450 sahaja berpeluang berkumpul, namun ia tetap berlangsung dengan meriah.

Kamaruddin berkata, majlis itu akan dijadikan acara tahunan

Berita Harian X