Ahad, 5 Mei 2019 | 12:57pm

Masalah air tidak berjadual di Klang

SHAH ALAM: Penduduk sekitar Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dipercayai sejak jam 9 pagi tadi kerana tiga paip utama kendalian Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pecah.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad, berkata semua paip itu berada berhampiran projek pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE) Banting-Taiping.

“Segala usaha sedang diambil bagi mempercepatkan kerja pembaikan serta pemulihan bekalan kepada pelanggan terjejas.

“Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini amatlah dihargai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Raof berkata, penduduk terjejas boleh merujuk aplikasi telefon pintar “Air Selangor” serta laman sesawang www.syabas.com.my untuk mengetahui status terkini.

“Pihak kami akan mengemas kini status dari semasa ke semasa,” katanya.

Kawasan terjejas ialah Ambang Botanik, Teluk Gedung Kecil, Bandar Bestari, Teluk Pulai, Bandar Botanik, Kampung Keretapi, Bandar Bukit Tinggi 1, Kampung Pendamar, Bandar Bukit Tinggi 2 dan Kota Pendamar.

Turut terjejas di Bandar Klang (Bt 1 - 3 Jln Meru), Lorong Tingkat dan Rembau, Bandar Parkland, Pandamaran, Bandar Putera 2, Pangsapuri Sri Perantau, Bandar Puteri, Pelabuhan Utara, Berjaya Park Persiaran Raja Muda Musa, Glenmarie Cove, Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, Glenn Cruise, Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2, Hospital Ampuan Rahimah dan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3.

Jalan Datuk Hamzah, Pulau Ketam, Jalan Istana, Batu Belah, Teluk Kapas, Jalan Kapar, kawasan Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industri Park, Jalan Kebun, kawasan Perindustrian Bukit Raja Selatan, Jalan Klang Banting dan Perepat.

Jalan Kota, Sementa, Jalan Kota Raja, Sungai Putus, Jalan Padang, Jalan Goh Hock Huat, Jalan Pelabuhan Utara, Sungai Sireh, Jalan Raja Lumu, Taman Bayu Mas, Jalan Raya Barat, Taman Bayu Perdana, Jalan Raya Timur, Taman Bayu Tinggi dan Jalan Stesen serta Solok Besar.

Taman Berembang, Jalan Tengku Badar, Taman Bijaya Kampung Jawa, Jalan Tengku Diauddin, Taman Chi Liung, Jalan Tengku Kelana, Taman Desawan, Jalan Kem, Taman Gembira, Jalan Limbungan, Taman Klang Jaya, Jalan Syahbandar, Taman Palm Groove, Johan Setia dan Taman Pendamar Indah.

Kampung Kastam, Taman Samudera, Kampung Raja Uda, Taman Selatan, Berkeley atau Eng Ann, Taman Sentosa, Jalan Tepi Sungai, Taman Suria Pendamar, Jalan Yadi, Teluk Gadong Kecil, Jalan Raja Nong, Teluk Gedong Indah, Kampung Delek, Taman Petaling Indah, Sungai Bertik, Taman Radzi, Teluk Gadong Besar, Sungai Udang, Pelabuhan Utara, Taman Sri Andalas dan Wisma Polis Marin Pulau Indah.

Berita Harian X