Ahad, 5 Mei 2019 | 4:42pm
Mahdzir menyiram air di atas pusara arwah ibunya yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lancuk Emat, Pokok Sena. - Ihsan pembaca

Ibu Mahdzir Khalid meninggal dunia

ALOR SETAR: Che Dah Yaakob, 78, ibu kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, meninggal dunia awal pagi tadi.

Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap dan bekas Menteri Pendidikan, berkata ibunya meninggal dunia kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

“Allahyarhamah meninggal dunia di Putra Medical Center (PMC) Alor Setar selepas 10 hari dirawat di hospital akibat penyakit angin ahmar.

“Jenazah sudah dibawa balik dan selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lancuk Emat, Pokok Sena, tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi.

Berita Harian X