Selasa, 14 Mei 2019 | 2:16pm
- Gambar hiasan

Penjawat awam Sarawak dapat bantuan khas RM500

KUCHING: Penjawat awam Sarawak akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak RM500 sempena perayaan Hari Gawai dan Aidilfitri tahun ini.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan, hari ini, berkata bantuan khas kewangan itu akan dibayar pada 23 Mei depan.

“Kerajaan negeri bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan 2019 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Sarawak, termasuk mereka yang masih berkhidmat sebelum atau pada 31 Mei 2019.

“Pemberian bantuan khas kewangan ini turut merangkumi badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sempena musim perayaan Hari Gawai serta Aidilfitri pada bulan depan,” menurut kenyataan ringkas itu.

Berita Harian X