Selasa, 4 Jun 2019 | 10:51pm
LEBIH 1,000 penduduk Long Busang di hulu empangan Bakun di sini, terjejas akibat banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Long Busang banjir berikutan hujan lebat

BELAGA: Lebih 1,000 penduduk Long Busang di hulu empangan Bakun di sini, terjejas akibat banjir hari ini berikutan hujan lebat yang berterusan sejak semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata selain rumah panjang, Sekolah Kebangsaan Long Busang turut terjejas teruk.

Beliau berkata ketika ini kesukaran dihadapi untuk menghantar bantuan ke lokasi berikutan kedudukannya yang jauh dan memerlukan masa dua hari perjalanan menaiki bot dari empangan hidroelektrik Bakun.

“Hujan lebat tidak henti-henti sejak semalam turut menyebabkan rumah panjang dilanda banjir sehingga dilaporkan mencecah bumbung.

LEBIH 1,000 penduduk Long Busang di hulu empangan Bakun di sini, terjejas akibat banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Katanya lagi, ketua kampung terbabit yang dikenali sebagai Haji Yusof, sukar dihubungi mungkin disebabkan sistem telekomunikasi terganggu akibat banjir itu.

“Pihak kami sudah berhubung dengan Pemangku Ketua Pejabat Daerah Mabung iaitu Jackson, yang memaklumkan tiada liputan telefon bimbit di lokasi berkenaan,” katanya.

Berita Harian X