Rabu, 5 Jun 2019 | 10:13am
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan bersalaman bersama jemaah yang hadir untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Turut bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. - Foto Sairien Nafis
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Turut bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri), dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari. - Foto Sairien Nafis

Sultan Selangor tunai solat sunat Aidilfitri bersama rakyat

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, pagi tadi.

Turut bersama-sama menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid itu ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Sultan Sharafuddin Idris Shah diiringi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Kira-kira 4,000 jemaah turut menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid berkenaan.

Seri Paduka berdua kemudian bersalam-salaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat berkenaan.

Berita Harian X