Rabu, 5 Jun 2019 | 11:59am
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. - Foto Amran Yahya
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir bersalaman dengan orang ramai ketika tiba di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. - Foto Amran Yahya

Tuanku Muhriz solat sunat Aidilfitri bersama 2,000 jemaah

KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti, di sini, pagi tadi.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, dan dua anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin, serta Tunku Zain Al’Abidin.

Baginda tiba di masjid kira-kira jam 8.40 pagi sebelum bertakbir raya dan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 2,000 jemaah.

Khutbah Aidilfitri bertajuk ‘Syawal diraya, syariat dijaga’ disampaikan oleh Imam Eksekutif Masjid Diraja Tuanku Munawir, Abdul Rahman Ibrahim.

Baginda kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat ke Istana Seri Menanti bagi bersama rakyat jelata pada majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, bersama isteri, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, serta EXCO kerajaan negeri.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X