Khamis, 4 Julai 2019 | 10:49am
MOHAMAD Abdullah (empat dari kanan) melihat kenderaan yang akan dilelong di Pejabat JPJ Pahang. - Foto Mohd Rafi Mamat

35 kenderaan mewah dilelong bulan depan

KUANTAN: Sebanyak 38 kenderaan mewah pelbagai jenis akan dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, awal bulan depan.

Pengarah JPJ negeri, Mohamad Abdullah, berkata lelongan awam pertama bagi tahun ini dijadualkan pada 8 Ogos ini.

“Proses bidaan dan pembelian akan diadakan di Dewan Utama Kompleks JPJ negeri pada tarikh berkenaan dan orang ramai yang berminat untuk membida kenderaan terbabit boleh membeli buku mengandungi maklumat kenderaan dilelong bermula 17 Julai ini.

“Buku itu dijual pada harga RM50 dan boleh dibeli di Bahagian Kewangan JPJ Pahang... pembida dan pembeli yang berminat boleh datang ke kompleks JPJ negeri pada 6 dan 7 Ogos bagi melihat kenderaan itu terlebih dahulu sebelum hari lelongan awam dibuat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Aidilfitri JPJ Pahang di sini, semalam.

Mohamad berkata, daripada jumlah 35 kenderaan yang dilelong itu, 15 daripadanya adalah kenderaan yang disita, manakala 20 lagi kereta yang akan dilupuskan.

Katanya, antara jenis kenderaan mewah yang dilelong seperti Mercedes Benz, Toyota Wish, BMW 320i E90, Mitsubishi Grandis.

Semua kenderaan lelong ini akan diberikan nombor pendaftaran baharu berdasarkan susunan nombor terkini dalam sistem pendaftaran nombor kenderaan JPJ Pahang.

Berita Harian X