Ahad, 1 September 2019 | 1:24pm

Hari pertama fenomena air pasang besar terkawal

SHAH ALAM: Tiada banjir berlaku pada hari pertama fenomena air pasang besar di pesisir pantai Selangor yang mencecah ketinggian sehingga 5.5 meter, pagi tadi.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata pemantauan di pesisir pantai membabitkan daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang, mendapati tiada limpahan dikesan melepasi ban atau benteng ketika kemuncak air pasang besar pada jam 7.23 pagi tadi.

Malah, beliau berkata, struktur ban atau benteng di pesisir pantai terbabit juga kukuh dan berada dalam keadaan baik.

“Hasil pemantauan dan maklumat diterima oleh agensi keselamatan berkaitan fenomena air pasang besar pada Bacaan Jadual Air Pasang Besar Pelabuhan Klang, ketinggian paras air laut ialah 5.5 meter pada jam 7.23 pagi.

“Keadaan selamat dan terkawal, manakala cuaca juga cerah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Fairuz berkata, orang awam bagaimanapun dinasihat mengurangkan aktiviti pantai ketika air pasang besar, terutama kanak-kanak yang tidak pandai berenang.

“Gunakanlah pelampung, selain pengawasan orang dewasa diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani, berkata nelayan yang keluar menangkap ikan ketika air pasang besar dinasihatkan sentiasa memakai jaket keselamatan, di samping membawa peralatan bantuan kecemasan dan keselamatan diri di dalam bot serta sampan.

“Bagi keluarga yang mahu berkelah di pesisir pantai, dinasihatkan tidak pergi ke kawasan laut agak dalam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya.

PEMANTAUAN Unit Pengurusan Bencana Selangor dan agensi keselamatan di pesisir pantai Selangor, termasuk di Pangkalan Nelayan Kampung Tok Muda, Kapar. - Foto ihsan Unit Pengurusan Bencana Selangor

Berita Harian X