Khamis, 10 Oktober 2019 | 3:13pm
Lombong ternakan itik pecah mengakibatkan air melimpah ke atas Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Tronoh. - Ihsan PDRM

Banjir kilat surut, laluan dibuka semula

BATU GAJAH: Laluan di Kilometer 22 Jalan Ipoh-Lumut dibuka semula bagi semua kenderaan susulan banjir limpahan dari lombong ternakan itik di kawasan berkenaan semakin surut.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata limpahan air di kawasan terbabit mulai surut, sekali gus membolehkan laluan kedua-dua arah dibuka semula.

“Pada jam 2 petang tadi, aliran air atas Jalan Ipoh-Lumut surut dan semua kenderaan ringan dibenarkan menggunakan kedua-dua laluan,” katanya.

Dalam kejadian 10 pagi tadi, lombong ternakan itik pecah mengakibatkan air melimpah ke atas Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Tronoh di sini, menyebabkan kedua-dua laluan di kawasan berkenaan banjir.

Susulan itu, polis mengawal aliran lalu lintas di kawasan berdekatan Akademi Pembangunan Belia Malaysia dengan membuat sekatan dan lencongan jalan.

Berita Harian X