Sabtu, 12 Oktober 2019 | 7:45am
SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Jaul Samion mengetuai senarai 729 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Jadi Ke-83, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud. NSTP/Melvin Joni
SETIAUSAHA Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Jaul Samion mengetuai senarai 729 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Jadi Ke-83, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud. NSTP/Melvin Joni

729 terima pingat, bintang kebesaran Sarawak

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Jaul Samion mengetuai senarai 729 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Jadi Ke-83, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Beliau dianugerahkan darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Turut menerima darjah yang sama, Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Seri Ahmad Tarmizi Sulaiman dan bekas Ahli Parlimen pertama masyarakat Bidayuh, Datuk Seri Dominic Andrew Dago.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian; bekas Menteri Kabinet negeri, Datuk Gramong Juna dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Abu Bakar Marzuki pula menerima darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pula dianugerahkan darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk.

Turut menerima darjah yang sama, Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Dr Abdul Rahman Ismail; Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Malcom Mussen Lamoh; bekas Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai; Pengurus Besar Shell Malaysia, Datuk Lain John Lo; Sauu Kakok, Abdul Kadier Sahib dan Bishop Danald Jute.

Lima penerima pula menerima darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu, iaitu Bakrie Zaini, Chok Moi Soon, Antonio Kahti Galis, Zaidi Mahdi dan Hamden Mohammad.

Seramai 10 lagi dianugerahkan darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato, iaitu Datuk Idris Buang, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Ibrahim Baki, Rakayah Madon, Wong Tiong Hook, Temenggong Abdul Rahman Fadzail, Temenggong Samuel Lawen, Bujang Mohidin Jol, Leonard Marting [email protected] Leonard Martin Uneng dan Mohamad Marzuki Mohamad Omar.

Sementara itu, seorang dianugerahkan Johan Bintang Sarawak (JBS) Kehormat, manakala lima dianugerahkan JBS, Johan Bintang Kenyalang (10), Johan Perkhidmatan Cemerlang (2), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (11), Pegawai Bintang Sarawak (28), Pegawai Bintang Kenyalang (63), Pingat Perkhidmatan Bakti (141), Ahli Bintang Sarawak (144), Ahli Bintang Kenyalang (86), Pingat Perkhimatan Terpuji (Gangsa) (130) dan Bentara Bintang Sarawak (105)

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu akan diadakan di Hotel Mega, Miri, hari ini.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X