Selasa, 15 Oktober 2019 | 9:50pm

Taburan hujan tinggi, sembilan daerah di Selangor berisiko banjir

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di sembilan daerah di negeri ini berisiko banjir susulan jangkaan taburan hujan tinggi bermula bulan ini.

Unit Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan hasil tinjauan jangka panjang taburan hujan di Selangor, Jabatan Meteorologi meramalkan purata hujan paling tinggi adalah pada November iaitu antara 250 hingga 370 milimeter (mm).

Difahamkan, purata hujan pada Oktober adalah antara 240 hingga 360 mm, manakala pada menjelang Disember, kadar taburan antara 200 hingga 300 mm.

“Purata hujan yang tinggi ini berisiko menyebabkan banjir, termasuk banjir kilat di sembilan daerah di Selangor.

“Kerajaan Selangor menasihatkan penduduk di kawasan yang dikenal pasti berisiko untuk mengambil langkah persediaan dan mematuhi arahan pihak berkuasa keselamatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri turut mengarahkan tindakan persediaan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, pihak berkuasa keselamatan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan persediaan awal jika berlaku bencana.

Antara kawasan berisiko di daerah Petaling adalah Kampung Budiman, Kampung Baru Sungai Buluh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Paya Jaras, Kampung Melayu Subang, Lebuhraya Persekutuan (lorong motosikal), Stesen Komuter Batu Tiga, Kampung Bersatu Batu 13, Kampung Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru.

Di Klang, kawasan terbabit ialah Taman Klang Utama, Jalan Kenangan, Jalan Benteng, Jalan Chempaka Meru, Taman Daya Meru, Persiaran Hamzah Alang, Tol Sungai Rasau, Kampung Air Kuning, Padang Jawa, Taman Rashna, Taman Melawis, Taman Petaling Indah, Sekolah Kebangsaan Tengku Rahimah, Taman Sri Muda, Bukit Kemuning, Taman Maznah, Jalan Kebun, Kampung Jawa, Kampung Delek, Taman Sentosa, Bandar Puteri dan Telok Gong.

Di Hulu Langat, banjir atau banjir kilat berisiko berlaku di Batu 16, Kampung Sungai Serai / Dusun, Nanding, Batu 10 Cheras, KampungBatu 9, SungaiRaya,Sungai Sikamat, Kampung Pasir, Kampung Sentosa, Bukit Dukong, Kampung Sungai Pening, Kampung Sungai Jernih Kajang, Kampung Sungai Kantan, Jalan Reko, Kampung Rinching, Sesapan Batu Rembau dan Sesapan Batu Minangkabau.

Antara kawasan berisiko di Gombak ialah Taman Tun Perak, Taman Rahmat Jaya, Jalan Maxwell, Taman Garing, Kampung Sungai Kertas, Kampung Sungai Tua dan Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang.

Di Kuala Langat kawasan dijangka terbabit Kampung Batu 9 Kebun Baru, Kampung Permatang Pasir dan Kampung Sungai Buaya manakala di Hulu Selangor adalah Kampung Lalang dan Kampung Gesir.

Berita Harian X