Ahad, 3 November 2019 | 8:46am

Gangguan bekalan air Hulu Langat, ibu negara pulih

KUALA LUMPUR: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air di semua kawasan terjejas di Hulu Langat dan ibu negara berikutan masalah teknikal sistem penapisan air mentah di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat, pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad, dalam kenyataan hari ini berkata, pihak Air Selangor memohon maaf atas segala kesulitan dan pelanggan boleh menghubungi talian 15300 untuk bantuan.

Jumaat lalu, gangguan air tidak berjadual berlaku di 156 kawasan di Hulu Langat dan Kuala Lumpur sehingga menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat sebanyak 179 juta liter sehari. – BERNAMA

Berita Harian X