Khamis, 14 November 2019 | 4:32pm
ABDUL Karim pada sidang media Budayaw Festival 2019 yang akan diadakan di Kuching pada 19 sehingga 23 November ini, di Pejabat Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Petra Jaya. NSTP/Hazreen Mohamad

Sarawak jadi tuan rumah Festival Budayaw 2019

PETRA JAYA: Sarawak menjadi tuan rumah Festival Budayaw 2019 yang akan disertai 356 delegasi dari Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina (BIMP-EAGA), dari 19 hingga 23 November ini.

Perkataan ‘budayaw’ adalah gabungan ‘budaya’ daripada bahasa Melayu dengan ‘dayaw’ (bahasa Tagalog) yang membawa maksud kebaikan dan kecantikan.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata penganjuran festival itu adalah usaha berterusan mempromosikan aktiviti kebudayaan oleh negara anggota.

“Kawasan dari Wilayah Utara Australia juga akan mengambil bahagian dalam festival ini yang menjadi medan perkongsian kepelbagaian budaya dan kreativiti, selain memahami dan menghargai gaya hidup, latar belakang serta aspirasi masyarakat setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Baitulmakmur, di sini, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh melayari laman web: www.budayaw.com dan Budayaw Festival 2019 melalui Facebook.

Berita Harian X