Sabtu, 16 November 2019 | 3:21pm
Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli ayam dengan harga RM6 seekor pada waktu 'Happy Hour' Bazar Peduli Rakyat di Bukit Tempurung, Banda Hilir. - NSTP/Khairunisah Lokman
Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli ayam dengan harga RM6 seekor pada waktu 'Happy Hour' Bazar Peduli Rakyat di Bukit Tempurung, Banda Hilir. - NSTP/Khairunisah Lokman
Norhizam (dua dari kanan) dan isteri, Datin Norlishah Ibrahim (kanan) menunjukkan ikan segar beku yang dijual di Bazar Peduli Rakyat. - NSTP/Khairunisah Lokman
Norhizam (dua dari kanan) dan isteri, Datin Norlishah Ibrahim (kanan) menunjukkan ikan segar beku yang dijual di Bazar Peduli Rakyat. - NSTP/Khairunisah Lokman

Bazar Peduli Rakyat tawar harga lebih rendah

MELAKA: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri menyasarkan jualan RM100,000 di tiga program Bazar Peduli Rakyat (BPR) yang berlangsung pada tahun ini.

Pengarah FAMA negeri, Che Samudin Hassan, berkata tahun ini tiga Bazar Peduli Rakyat diadakan dan jumlah itu dijangka bertambah, tahun hadapan.

“Setakat ini, jumlah sasaran jualan sudah mencecah kira- kira RM60, 000 dan bakinya diharap dapat dicapai di Bazar Peduli Rakyat terakhir di Durian Tunggal, Alor Gajah bulan hadapan.

“Di Bazar Peduli Rakyat, tawaran potongan lebih rendah bagi barang harian antara lima hingga 35 peratus dan itu menjadi tarikan kepada penduduk terutama golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pelancaran Program Bazar Peduli Rakyat Melaka.

Norhizam (kanan) mengayuh beca sebagai gimik perasmian Bazar Peduli Rakyat anjuran FAMA di Bukit Tempurung, Banda Hilir. - NSTP/Khairunisah Lokman
Norhizam (kanan) mengayuh beca sebagai gimik perasmian Bazar Peduli Rakyat anjuran FAMA di Bukit Tempurung, Banda Hilir. - NSTP/Khairunisah Lokman

Norhizam (dua dari kiri) memilih ikan segar ketika sesi lawatan ke Bazar Peduli Rakyat. - NSTP/Khairunisah Lokman
Norhizam (dua dari kiri) memilih ikan segar ketika sesi lawatan ke Bazar Peduli Rakyat. - NSTP/Khairunisah Lokman

Hadir sama Exco Pertanian Pembangunan Usahawan Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Hilir, Datuk Tey Kok Kiew di Bukit Tempurung, di sini, hari ini.

Che Samudin berkata, potongan yang ditawarkan itu tidak termasuk dengan harga jualan ‘Happy Hour’ yang jauh lebih jimat, selain ada juga agihan sayur percuma.

“Dengan tawaran harga yang rendah, ia menarik minat sasaran pembeli untuk berbelanja barang keperluan harian.

“Bukan sahaja pembeli yang mendapat manfaat, malah peniaga juga kerana hasil jualan mereka dapat dipasarkan,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai persediaan musim tengkujuh dan banjir Che Samudin berkata, FAMA tdijangka tidak berdepan masalah bekalan terutamanya membabitkan sayur- sayuran.

“Melaka antara pengeluar utama cili dan timun tiada masalah berdepan musim tengkujuh.

“Apa yang membimbangkan kita ialah apabila musim kemarau, itu boleh mempengaruhi,” katanya.

Tambahnya, FAMA turut menyediakan kira- kira 10,000 kit makanan permulaan untuk dihantar kepada pusat pemindahan banjir.

Berita Harian X