Sabtu, 30 November 2019 | 5:12pm
AZWADI memasang pukat dihadapan rumahnya ketika air mulai naik di Kampung Besut . NSTP/Ghazali Kori
AZWADI memasang pukat dihadapan rumahnya ketika air mulai naik di Kampung Besut . NSTP/Ghazali Kori

Pasang pukat depan rumah tangkap ikan ketika banjir

PERMAISURI: “Laluan untuk keluar terputus, untuk itu bekalan makanan yang ada kami kena berjimat.

“Jadi, saya memasang pukat di hadapan rumah bagi menangkap ikan untuk dijadikan makanan buat keluarga,” kata Azwadi Sisi, 43.

Dia bersama ahli keluarganya antara mangsa banjir di Kampung Besut di sini.

Selain kediaman dinaiki air laluan utama ke kampung berkenaan turut ditutup untuk semua kenderaan apabila Jalan Hulu Permaisuri ke Permaisuri dinaiki air, sejak semalam.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia bersama ahli keluarganya sudah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir Kampung, di sini, berikutan kediaman mula dinaiki air, semalam.

“Namun, kami pulang ke rumah pagi tadi susulan air mulai surut.

“Selepas kemas rumah saya tahan pukat untuk menangkap ikan.

“Biasa saya pasang pukat di belakang rumah kerana dekat dengan Sungai Imau dan pernah dapat ikan sebelum ini,” katanya.

Katanya, disebabkan paras air di bahagian belakang rumah masih tinggi dia cuba memasang pukat di depan rumah.

“Kalau ada rezeki dapatlah ikan untuk dijadikan lauk buat keluarga ketika banjir ini,” katanya.

Beliau berkata, kawasan kediamannya kerap dinaiki air apabila musim tengkujuh dan dia bersama keluarga sentiasa berwaspada sekiranya keadaan banjir teruk mereka akan berpindah ke PPS.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X