Selasa, 10 Disember 2019 | 9:59am

Gangguan bekalan air di Seremban, Port Dickson

SEREMBAN: Sebahagian kawasan di daerah Seremban dan Port Dickson akan mengalami gangguan bekalan air berikutan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menghentikan segera operasi Loji Rawatan Air Sungai Linggi.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam SAINS, Norzita Ismail, berkata penutupan loji itu perlu dilakukan selepas menemui kes pembuangan minyak oleh pihak tidak bertanggungjawab di Sungai Linggi, semalam.

“Pemberhentian proses rawatan air di loji tersebut dijangka akan mengambil jangka masa yang lama untuk merawat bekalan air mentah yang tercemar.

“Tindakan ini akan mengakibatkan gangguan bekalan air bagi kawasan di Seremban dan Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebahagian kawasan Seremban yang terbabit adalah Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato’ Abdul Razak, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Ladang Batu 11, Kilang GMP, Hentian Rehat dan Rawat Senawang, Senawang Perdana, Taman Ulu Lalang, Kampung Solok, Kampung Ribu, Kampung Sega Ulu, Kampung Sega Hilir.

Jalan Kuala Sawah, Ladang Kuala Sawah, Kampung Nyatoh, Rumah Rakyat Nyatoh, Pekan Kuala Sawah, Kampung Belangkan, Kawasan Industri Nilam Ribu, Taman Bandar Ekar, Pekan Rantau, Kampung Takau, Kampung Pening, Kampung Kancong, Taman Rantau, Jalan Air Kuning.

Taman Permata, Kampung Linsum, Kampung Siliau Hulu, Kampung Siliau Hilir, Ladang Siliau, Kampung Sungai Sendayan dan kawasan sekitar.

Sebahagian kawasan Port Dickson yang terbabit Golf & Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem Batu 5 Jalan Pantai, Selesa Beach Resort, Tanjung Tuan Resort, Bayu Beach Resort, Kem Batu 4 Jalan Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay.

Sekoah Menengah Kebangsan Datuk Haji Abdul Samad, Petron Refinery, Shell Refinery (Line 1 dan 2), Pusat Hemodialisis Batu 1 Jalan Pantai, seluruh kawasan PD Water Front dan seluruh Pekan Port Dickson.

Tenaga Nasional Berhad (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama), Seafront Hotel, Hotel Lexis, Glory Beach Resort, Hotel Grandpa Dataran Segar, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga seluruh kawasan Spring Hill, Pusat Kualiti Alam dan Jimah Power Plant.

Estet Escort, Kampung Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, Kawasan Taman Sirusa Jaya Batu 6 Jalan Pantai, seluruh Kawasan Batu 5 Jalan Pantai, Kampung Baru Sirusa, Jalan Sua Betong, Taman Desa PD, Kampung Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi.

Dari kawasan Batu 4 Jalan Pantai, kawasan Kampung Bagan Pinang, Taman PD Utama, Taman Raja Zainal, Taman Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jalan Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Batu 1 Jalan Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan Port Dickson.

Dari Pekan Port Dickson jalan lama, Kampung Chokra, Taman Muhibah, Taman Puteri, Kampung Arab, Taman PD Akasia, Kampung Air Meleleh, Kampung Gelam, Taman PD Tropika, Taman Sri Mawar, Jalan Bypass, Kampung Paya, Tanjung Gemok.

Taman Kiara, Taman Sri Intan, Taman Ria, Taman Negeri Lama dan Baru, Taman Pantai Mas, Kampung Kuala Lukut, Bandar Dataran Segar, Taman Sentosa Lama dan Baru, Taman PD Jaya, Taman Naga, Taman Indah Baru, Taman Bandar Baru, Taman Indah Wang, Taman Aman, Taman Bukit Tinggi, Rumah Rakyat Pekan Lukut, Taman Desaru.

Kawasan Sri Parit, Taman Indah Jaya, Kawasan Perindustrian Lukut Indah, Taman Wawasan, Taman Jaya, Taman Tun Sambathan, seluruh kawasan Pekan Lukut sehingga kawasan Bandar Spring Hill, kawasan Batu 6 Jalan Seremban, Batu 7 Jalan Seremban sehingga kawasan Simpang Siliau.

Dari simpang Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Taman Lukut Makmur, Taman D’Pinggiran Kota, Taman D’Ambang Kota, Kawasan Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kampung Cina Site C Tanah Merah, Taman Jimah Jaya, Tanah Merah Site C, seluruh kawasan Bukit Pelandok dan seluruh kawasan Chuah.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X