Jumaat, 13 Disember 2019 | 9:34am
Antara agensi yang terlibat dalam bencana banjir di Beaufort membantu mangsa yang terjejas banjir di Pusat Pemindahan Bencana Alam Daerah Beaufort di Kampung Selagon, Beaufort. - Foto ihsan APM
Antara agensi yang terlibat dalam bencana banjir di Beaufort membantu mangsa yang terjejas banjir di Pusat Pemindahan Bencana Alam Daerah Beaufort di Kampung Selagon, Beaufort. - Foto ihsan APM

Mangsa banjir di Beaufort meningkat pagi ini

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir dari beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Selagon, Beaufort bertambah setakat jam 8 pagi ini.

Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan, seramai 449 mangsa daripada 160 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan berbanding 443 mangsa daripada 157 keluarga malam tadi.

Lebih 20 kampung di Beaufort dan Membakut terjejas akibat banjir yang berlaku sejak Selasa lepas.

Antara kampung terjejas ialah Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Poring dan Kampung Baitam Laut.

Setakat jam 7 pagi ini, paras air Sungai Padas mencatatkan bacaan 7.01 meter iaitu pada paras normal, manakala paras air Sungai Membakut pula merekodkan bacaan pada paras amaran iaitu 6.34 meter. – BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X