Selasa, 4 Februari 2020 | 6:19pm
Dr Ismail (kanan) bersama Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fitri Ujang (kanan) ketika meninjau kakitangan kesihatan negeri Kedah melakukan pemantauan melalui mesin pengimbas suhu badan berikutan penularan coronavirus (2019-nCoV) di pintu masuk Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam. - Foto NSTP/Amran Hamid

Lebih 1,000 produk di ekspo usahawan wilayah utara, Pattani

ALOR SETAR: Ekspo Produk Usahawan Wilayah Utara Malaysia 2020 yang akan berlangsung di ASEAN Mall, Pattani, Thailand dari 27 Februari hingga 2 Mac depan akan menghimpunkan lebih 1,000 produk tempatan berasaskan makanan, minuman, kesihatan dan kosmetik.

“Kami menjangkakan lebih 80 gerai jualan akan beroperasi dan diharapkan ia dapat mengetengahkan produk tempatan terutama keluaran usahawan negeri ini ke peringkat lebih tinggi,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh.

Bercakap pada majlis pelancaran ekspo itu, beliau juga berkata kerajaan negeri akan meningkatkan pemantauan terhadap agensi pelancongan umrah di negeri itu bagi memastikan insiden seperti yang dibuat ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang berpakaian wanita ketika di Makkah baru-baru ini tidak berulang.

“Ada warga negara lain yang berkelakuan sama sudah dihukum di sana dan kontroversi ini hanya akan mengeruhkan hubungan dengan banyak pihak.

“Selain itu, tindakan Sajat dan dua rakannya yang turut menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook dan Instagram ketika berada di Tanah Suci sangat tidak sesuai.

“Saya harap agensi pelancongan akan melihat isu ini bagi memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya.

Berita Harian X