Jumaat, 14 Februari 2020 | 5:59pm
- Foto hiasan

COVID-19: 5 kes PUI baru di Sarawak

KUCHING: Lima lagi kes baharu Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) COVID-19 direkodkan di Sarawak, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), berkata semua kes PUI baharu itu yang direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) membabitkan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, kes terbaru itu menjadikan PUI terkumpul di Sarawak sejak 10 Januari hingga hari ini, meningkat kepada 85 kes.

Daripada jumlah itu, 64 adalah warga Malaysia, 18 warga China dan masing-masing seorang warga Thailand, Indonesia dan Kanada.

“Sehingga kini, 75 kes disahkan negatif selepas ujian makmal, manakala 10 lagi masih menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X