Ahad, 16 Februari 2020 | 6:46pm
JABATAN Kesihatan Negeri Johor menafikan berhubung kenyataan tular mengenai terjadinya kes coronavirus di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ko Kuang, Skudai, Johor Bahru. NSTP/Ihsan Jabatan Kesihatan Negeri Johor

JKNJ nafi ada kes COVID-19 di sekolah

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan kenyataan tular kononnya kes coronavirus (COVID-19) berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ko Kuang, Skudai, dekat sini.

JKNJ berkata, berita terbabit adalah tidak benar, selain meminta orang awam tidak menyebarkannya.

“Ia akan mengakibatkan panik dalam kalangan masyarakat. Penyebaran berita palsu sebegini boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh satu tahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, tular kenyataan kononnya dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri menerusi aplikasi WhatsApp berhubung dakwaan kes COVID-19 di sekolah terbabit.

Berita Harian X