Jumaat, 21 Februari 2020 | 3:47pm

Padah larikan isteri orang

JEMPOL: Padah melarikan isteri orang, seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM2,300 oleh Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini.

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap S Balakrishan, 27, dari Rompin, Bahau selepas tertuduh mengaku salah, sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada1 Februari, kira-kira jam 4.30 petang membawa pergi seorang wanita yang diketahui isteri orang dengan niat untuk melakukan persetubuhan.

Oleh yang demikian, tertuduh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Khir Nizam turut mengarah tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X