Rabu, 26 Februari 2020 | 6:22pm
Dalam kejadian pada 6.10 petang, Isnin lalu, mangsa melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri, pipi kanan, leher dan dahi akibat terkena simbahan asid oleh seorang lelaki yang berpura-pura datang menghantar bungkusan hamper.
Dalam kejadian pada 6.10 petang, Isnin lalu, mangsa melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri, pipi kanan, leher dan dahi akibat terkena simbahan asid oleh seorang lelaki yang berpura-pura datang menghantar bungkusan hamper.

Suspek simbah polis dengan asid ditahan

KUANTAN: Polis menahan dua lelaki malam tadi, berhubung kes seorang sarjan polis melecur selepas disimbah asid di depan rumahnya di Taman Mahkota Putra, Bandar Indera Mahkota, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata suspek pertama berumur 41 tahun ditahan di hadapan sebuah restoran di Chukai, Kemaman, Terengganu pada jam 8.15 malam.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu dipercayai berdendam dengan anggota polis berkenaan yang didakwa membocorkan rahsia mengenai statusnya yang sudah berkeluarga kepada keluarga teman wanita suspek.

Katanya polis turut menahan seorang lelaki berusia 40 tahun di sebuah rumah di Kampung Bahagia di sini, beberapa jam selepas tangkapan pertama yang dipercayai pemilik motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Berikutan itu, sebuah motosikal dan beberapa barang yang mempunyai kaitan kes terbabit dirampas untuk membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 6.10 petang, Isnin lalu, mangsa berusia 51 tahun itu melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri, pipi kanan, leher dan dahi akibat terkena simbahan asid oleh seorang lelaki yang berpura-pura datang menghantar bungkusan hamper.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X