Sabtu, 7 March 2020 | 12:34pm
Ahmad berkata, lokasi dan tarikh solat hajat itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Ahmad berkata, lokasi dan tarikh solat hajat itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

COVID-19: Kelantan buat solat hajat

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mengadakan solat hajat dalam masa terdekat bagi melindungi negara daripada penularan jangkitan COVID-19.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata lokasi dan tarikh solat hajat itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Saya baharu saja berbincang dengan Setiausaha Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad bagi mengadakan solat hajat supaya kita semua diberi kekuatan bagi menghadapi COVID-19.

“Pada masa sama, kita meminta semua penduduk menjaga kesihatan dan mengambil berat segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Ia berikutan wabak ini merebak begitu cepat dan menakutkan,” katanya ketika ditemui selepas membuat pelepasan Program Riadah Berbasikan Penjawat Awam, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Jabatan Kesihatan dan semua pihak bekerja keras bagi menangani penularan wabak berkenaan.

Akhbar hari ini melaporkan, sebanyak 28 kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan oleh Kementerian Kesihatan sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan, berkata semua kes itu dikesan untuk rawatan selanjutnya manakala kontak rapat semua kes berkenaan sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan selanjutnya.

Berikutan itu, katanya, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 83 kes dan mereka adalah dalam kalangan pesakit di bawah siasatan atau

Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat, dan Misi Bantuan Kemanusiaan.

Berita Harian X