Khamis, 26 March 2020 | 4:12pm
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan. - Foto IPD Serdang
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan. - Foto IPD Serdang

IPD Serdang terima 4,000 topeng muka

KUALA LUMPUR: Sebagai penghargaan kepada pasukan barisan hadapan bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai agensi tampil memberi pelbagai sumbangan termasuk topeng muka kepada pasukan polis.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata selain 4,000 topeng muka yang diterima, orang awam turut memberi sumbangan air mineral, cecair pencuci tangan dan nasi lemak sebagai tanda penghargaan kepada polis bagi menangani wabak COVID-19.

“Alhamdulillah, mereka (orang awam) tidak kira bangsa betul-betul bersama polis, pelbagai sokongan diberikan kepada polis Serdang.

“Hari pertama PKP ada yang datang IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Serdang beri sumbangan 4,000 topeng muka. Selepas itu, kita terima kotak air mineral dan cecair pencuci tangan.

IPD Serdang menerima pelbagai sumbangan daripada orang awam sepanjang PKP. - Foto IPD Serdang
IPD Serdang menerima pelbagai sumbangan daripada orang awam sepanjang PKP. - Foto IPD Serdang

“Semalam, ada jiran (anggota) polis beri sumbangan 40 bungkus nasi lemak. Pada masa sama, kita terima laporan ada pihak gereja mahu beri sumbangan barangan bernilai RM10,000,” katanya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X