Khamis, 26 March 2020 | 6:26pm
Gambar fai, Sidang DUN Pahang. - Foto Faizul Hafiz Awang
Gambar fai, Sidang DUN Pahang. - Foto Faizul Hafiz Awang

29 ADUN potong elaun bantu Tabung COVID-19 Pahang

KUANTAN: Seramai 29 daripada 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang hari ini bersetuju memotong 10 peratus elaun masing-masing selama tiga bulan bermula April ini.

Usaha itu membabitkan 14 ADUN daripada Barisan Nasional (BN), lapan daripada PAS dan tujuh lagi daripada DAP. Dua ADUN PKR tidak terbabit pemotongan itu, tetapi akan membantu rakyat dengan cara lain.

Langkah itu sebagai susulan kepada pemotongan gaji 10 peratus selama tiga bulan bermula April ini yang diumum membabitkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bersama 10 EXCO Pahang, semalam.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan bersama oleh ADUN Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah (mewakili ADUN BN); ADUN Tanjung Lumpur, Rosli Abdul Jabar (mewakili ADUN PAS) dan ADUN Bilut, Lee Chin Chen (mewakili ADUN DAP.

“Usaha ini ialah manifestasi empati dan solidariti ADUN Pahang terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Diharapkan usaha ini mampu meringankan beban rakyat dan menyemarakkan lagi sumbangan pelbagai pihak lain bagi Tabung COVID-19 Pahang,” kata kenyataan itu.

Semua potongan gaji akan disumbang sepenuhnya kepada Tabung COVID-19 Pahang yang dilancarkan kerajaan negeri.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Kabinet Malaysia 2020

    Berita Harian X