Ahad, 5 April 2020 | 12:36pm
Nissya menunjukkan applikasi Telegram 'Bazar Ramadan Online Langkawi' yang berjaya menghimpunkan 1,000 peniaga. - Foto NSTP/Hamzah Osman
Nissya menunjukkan applikasi Telegram 'Bazar Ramadan Online Langkawi' yang berjaya menghimpunkan 1,000 peniaga. - Foto NSTP/Hamzah Osman

Bazar Ramadan Online Langkawi tarik 1,000 peniaga

LANGKAWI: Seorang usahawan wanita mengambil inisiatif mewujudkan e-bazar bagi membantu peniaga kecil di pulau ini menjual produk mereka sepanjang Ramadan nanti.

Nissya Othman, 47, berkata usaha itu bertujuan meringankan beban peniaga kecil susulan keputusan kerajaan negeri membatalkan bazar Ramadan tahun ini

Katanya, e-bazar dikenali sebagai ‘Bazar Ramadan Online Langkawi’ diwujudkan sejak Jumaat lalu dan berjaya menghimpunkan kira-kira 1,000 peniaga makanan dan pembeli dalam talian.

“Selain terbabit dalam perniagaan berasaskan pelancongan, hampir setiap tahun sejak 2006 saya berniaga di bazar Ramadan untuk mencari rezeki.

Peniaga Bazar Tok Guru masih menutup operasi memandangkan kerajaan negeri masih mengguna pakai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ianya diputuskan pada Khamis ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

“Namun, Ramadan kali ini berbeza berikutan penularan wabak COVID-19, sekali gus menuntut kaedah berniaga ditukar,” katanya ketika ditemui di sini.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, konsep e-bazar semakin popular dan dia sangat teruja apabila ramai peniaga menyahut pelawaan menyertai platform diwujudkan menerusi laman sosial Facebook, WhatsApp, Telegram dan Twitter itu.

“Antara produk bakal dijual adalah kuih muih, makanan bermasak dan minuman kepada netizen pada harga berpatutan, dengan khidmat penghantaran disediakan,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X