Khamis, 14 Mei 2020 | 10:51pm

COVID-19: Sabah masih tangguh solat berjemaah di masjid, surau

KOTA KINABALU: Sabah masih meneruskan penangguhan solat berjemaah, termasuk sembahyang Jumaat dan tarawih, di masjid serta surau di negeri ini.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata penangguhan itu berkuat kuasa hingga 26 Mei ini.

"Setakat ini, Sabah tetap tidak membenarkan sebarang aktiviti menunaikan solat secara berjemaah.

"Langkah ini diambil bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah masjid mahupun surau.

"Lebih membimbangkan lagi apabila wujud kluster baharu dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Sabah," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mengumumkan semua masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih, serta solat sunat Aidilfitri, mulai esok, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X