Khamis, 21 Mei 2020 | 8:17am
Umat Islam yang dikira wajib membayar zakat fitrah pada malam Hari Raya Aidilfitri hendaklah melunaskan kewajipan masing-masing dengan kadar segera bagi mengelakkan diri dari terlepas menunaikan kefardhuan ini.- Gambar hiasan
Umat Islam yang dikira wajib membayar zakat fitrah pada malam Hari Raya Aidilfitri hendaklah melunaskan kewajipan masing-masing dengan kadar segera bagi mengelakkan diri dari terlepas menunaikan kefardhuan ini.- Gambar hiasan

JAIS tidak dibenarkan bayaran zakat fitrah 1 Syawal di masjid

SHAH ALAM : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sebarang transaksi pembayaran zakat fitrah di semua masjid dan surau di Selangor pada pagi hari raya Aidilfitri, tahun ini.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad, berkata ketetapan ini bagi memastikan tiada orang awam berada di sekitar atau di ruang solat masjid dan surau ketika solat sunat Aidilfitri berjalan kecuali pegawai yang ditetapkan oleh JAIS.

"Ketetapan ini sebagai langkah dan usaha bagi mengawal sebarang kejadian yang boleh menyebabkan penularan COVID-19.

"Ini berikutan wujudnya trend masyarakat Islam sebelum ini yang bersesak-sesak menunaikan zakat fitrah di saat akhir pada pagi Hari Raya sebelum Solat Sunat Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang dikira wajib membayar zakat fitrah pada

malam Hari Raya Aidilfitri hendaklah melunaskan kewajipan masing-masing dengan kadar segera bagi mengelakkan diri dari terlepas menunaikan kefardhuan ini.

"Bayaran zakat fitrah boleh dibuat sama ada secara atas talian (online) atau melalui Amil yang dilantik, di lokasi dan pada waktu yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi LZS untuk mengenalpasti cawangan LZS berhampiran atau kaedah untuk melunaskan bayaran zakat fitrah anda," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X