X
Khamis, 21 Mei 2020 | 12:47pm
Aktiviti urus niaga tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga, menyebabkan sekumpulan peraih dan penjual ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto ihsan Polis
Aktiviti urus niaga tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga, menyebabkan sekumpulan peraih dan penjual ditahan kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). - Foto ihsan Polis

21 peraih, penjual ikan ditahan ingkar SOP

KEPALA BATAS: Tidak menghiraukan amaran yang diberikan menyebabkan sekumpulan peraih dan penjual di Pasar Bisik Kuala Muda, Penaga, di sini ditahan polis kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, seramai 21 lelaki berusia 19 hingga 54 tahun itu dilihat melakukan urus niaga tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata sebanyak tiga kali amaran dan nasihat diberikan didapati mereka tetap berdegil.

"Berikutan itu, polis bertindak menahan kesemua mereka untuk tindakan lanjut sebelum tindakan kompaun dikeluarkan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Noorzainy berkata, polis turut menahan tujuh lelaki berusia 30 hingga 54 tahun kerana berhimpun di sebuah gerai dekat Mak Mandin, Butterworth.

"Tangkapan diadakan pada jam 1 tengahari semalam apabila kesemua mereka tetap berdegil walaupun amaran diberikan sebanyak tiga kali.

Hasil pemeriksaan juga mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Jelasnya, bagi tangkapan membabitkan peraih dan penjual mereka di kompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3 (Perkara 4 Jadual Aktiviti

Terlarang Peraturan 2) Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020

Manakala tujuh lelaki itu pula di kompaun kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7(1) Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X