Isnin, 25 Mei 2020 | 6:40pm

Pahang lanjutkan tempoh bayaran cukai tanah hingga 31 Julai

KUANTAN: Kerajaan Pahang melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah tahun ini daripada tarikh akhir 31 Mei kepada 31 Julai depan.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK), 20 Mei lalu.

"Bayaran cukai tanah tahun ini bagi semua hak milik tanah di Pahang, dilanjutkan hingga 31 Julai depan. Denda lewat hanya akan dikenakan mulai 1 Ogos depan.

"Pelanjutan tempoh bayaran cukai tanah ini diharapkan memberi masa mencukupi untuk semua pemilik tanah menjelaskan cukai tanah sepenuhnya pada 2020," katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook PTG Pahang, hari ini.

Berita Harian X