Khamis, 28 Mei 2020 | 11:37am
Dua wanita warga Myanmar ditahan bersama arak seludup bernilai RM11,570 di rumah kedai di Taman Air Biru.NSTP/IHSAN PGA
Dua wanita warga Myanmar ditahan bersama arak seludup bernilai RM11,570 di rumah kedai di Taman Air Biru.NSTP/IHSAN PGA

2 wanita Myanmar ditahan bersama arak seludup

PASIR GUDANG: Dua wanita warga Myanmar ditahan bersama 360 tin dan 204 botol arak seludup dalam serbuan sebuah premis di Taman Air Biru, di sini, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang, berkata serbuan jam 6 petang itu dilakukan Pasukan PGA di rumah kedai yang dijaga wanita berusia 39 dan 42 itu.

"Dua wanita berkenaan dipercayai peniaga. Pemeriksaan dalam premis menjumpai 360 tin dan 204 botol arak pelbagai jenama yang dipercayai seludup.

"Anggaran nilai rampasan berjumlah lebih kurang RM11,570," katanya dalam satu kenyataan.

Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Berita Harian X