Khamis, 17 September 2020 | 8:02am
Seorang lelaki berusia 51 tahun yang ditemui meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan lereng Bukit Bendera, Ayer Itam, di sini. NSTP/IHSAN BOMBA
Seorang lelaki berusia 51 tahun yang ditemui meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di kawasan lereng Bukit Bendera, Ayer Itam, di sini. NSTP/IHSAN BOMBA

Meninggal dunia ketika mendaki

GEORGETOWN: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di lereng Bukit Bendera, Ayer Itam, hari ini.

Lelaki terbabit dikenali sebagai Ooi Hock Eng, 51, dari Sungai Ara, Bayan Lepas, dekat sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 6.39 pagi tadi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

"Ketika di lokasi, didapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan lereng bukit berkenaan.

"Lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya kepada BH, hari ini.

Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Berita Harian X