Selasa, 10 March 2015 | 12:08am
SEBAHAGIAN kayu balak yang telah siap dipotong pembalak haram di Hutan Simpan Rasau. - Foto Rosli Ilham

Dalang curi balak dikenal pasti

SEBAHAGIAN kayu balak yang telah siap dipotong pembalak haram di Hutan Simpan Rasau. - Foto Rosli Ilham
SEBAHAGIAN kayu balak yang telah siap dipotong pembalak haram di Hutan Simpan Rasau. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) sudah mengenalpasti suspek yang dipercayai mendalangi kegiatan mencuri kayu bermutu tinggi di kawasan Hutan Simpan Rasau dekat sini.

Pengarah JPNT, Azmi Nordin, berkata suspek yang juga rakyat tempatan itu dipercayai sudah lama menjalankan kegiatan berkenaan dan yakin dapat menahannya dalam masa terdekat.

Dalam satu operasi kelmarin, JPNT berjaya membongkar sindiket mencuri balak itu dan merampas empat jentera untuk membalak yang dianggarkan bernilai RM150,000.

Operasi itu dilakukan 12 kakitangan penguat kuasa JPNT dengan dibantu empat anggota Renjer Daerah Dungun serta 12 anggota Batalion 9 Pasukan Gerak Am (PGA) Gong Badak selepas mengintip lokasi berkenaan sejak Sabtu lalu.

"Balak yang sudah ditebang itu dianggarkan bernilai kira-kira RM50,000," katanya kepada BH.

Beliau berkata, semua jentera yang dirampas dibawa keluar dari kawasan pembalakan haram itu menggunakan treler panjang ke ibu pejabat untuk siasatan lanjut.

Azmi mengucapkan terima kasih dan menghargai maklumat daripada penduduk kampung yang membawa kepada kejayaan membongkar kegiatan pembalakan haram itu.

Wartawan BH yang turut menyertai operasi itu, terpaksa meredah jalan sempit yang berliku sejauh kira-kira 10 kilometer dari Jalan Utama Rasau ke Kerteh dengan mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke lokasi terbabit.

SEBAHAGIAN kayu balak yang telah siap dipotong pembalak haram di Hutan Simpan Rasau. - Foto Rosli Ilham
SEBAHAGIAN kayu balak yang telah siap dipotong pembalak haram di Hutan Simpan Rasau. - Foto Rosli Ilham

Bagaimanapun, intipan dan risikan sepanjang dua hari untuk memerangkap penjenayah alam sekitar itu menemui jalan buntu.

Mereka dikatakan tidak muncul di kawasan itu dipercayai selepas mendapat maklumat daripada tonto yang menjaga kawasan berkenaan.

Pasukan penguat kuasa JPNT menemui lebih daripada lima lokasi kawasan hutan simpan meliputi kawasan seluas 20 hektar yang digondolkan sindiket itu untuk membawa keluar kayu bermutu tinggi sejak beberapa bulan lalu.

Tinjauan di kawasan itu mendapati masih banyak balak siap dipotong yang belum diangkut keluar, selain penemuan pakaian dan kasut milik anggota sindiket balak yang dijemur di atas pokok renek.

Berita Harian X