Isnin, 23 March 2015 | 12:05am
PENGARAH Urusan Servco Resources Sdn Bhd, Datuk Ahmad Radzi Yahaya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PENGARAH Urusan Servco Resources Sdn Bhd, Datuk Ahmad Radzi Yahaya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Mulakan bisnes bermodal syarikat hutang - Ahmad Radzi

PENGARAH Urusan Servco Resources Sdn Bhd, Datuk Ahmad Radzi Yahaya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PENGARAH Urusan Servco Resources Sdn Bhd, Datuk Ahmad Radzi Yahaya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

LAZIMNYA, perkara pertama yang difikirkan individu apabila hendak menceburi bidang perniagaan adalah modal kerana sebahagian besar beranggapan perniagaan tidak akan berjalan jika tiada modal.

Namun begitu, bagi Pengarah Urusan Servco Resources Sdn Bhd, Datuk Ahmad Radzi Yahaya, beliau memulakan perniagaan tanpa bermodalkan tunai, sebaliknya dengan sebuah syarikat yang mempunyai hutang RM900,000.

Bagi beliau, modal perniagaan adalah dirinya sendiri, idea serta hasrat untuk mempunyai perniagaan sendiri, sekali gus tekad menjadi usahawan yang berjaya.

Peluang yang ada itu, katanya, perlu digunakan sepenuhnya dan beliau berbesar hati menerima tawaran daripada kawannya untuk mengambilalih Servco berserta hutang syarikat itu pada tahun 1994.

"Saya memulakan perniagaan dengan sebuah syarikat (Servco) yang mempunyai hutang RM900,000. Saya melihat peluang yang ditawarkan kepada saya sebagai platform terbaik untuk meneroka bidang perniagaan," katanya kepada BH ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Sebaik saja mengambilalih syarikat itu, Ahmad Radzi meneruskan aktiviti perniagaan sedia ada syarikat iaitu aktiviti perdagangan.

ANTARA produk yang di keluarkan oleh syarikat Servco Resources Sdn. Bhd. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
ANTARA produk yang di keluarkan oleh syarikat Servco Resources Sdn. Bhd. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Namun, beliau kemudian menukar perniagaan teras syarikat itu dengan menceburi perniagaan pembekalan sistem perabot dan peralatan makmal.

"Ketika saya menerima tawaran untuk ambil alih syarikat, saya memang sudah ada peluang untuk membekalkan barangan sistem perabot dan peralatan makmal dari United Kingdom (UK) ke sekolah-sekolah di Malaysia.

"Jadi saya ambil peluang itu dan pada masa yang sama, masih menjalankan aktiviti perniagaan sedia ada syarikat yang saya ambil alih itu," katanya.

Oleh kerana syarikat yang diambilalih itu menanggung hutang, amat sukar untuk Ahmad Radzi mendapatkan pinjaman bank bagi mengembangkan perniagaannya.

Namun, beliau bernasib baik kerana berjaya meminjam wang daripada kawannya berjumlah RM200,000 untuk mengimport barangan makmal dari UK untuk dibekalkan ke sekolah-sekolah.

"Saya berhutang dengan kawan saya hanya bersandarkan kepada kepercayaan. Alhamdulillah, dengan wang yang dipinjam itu membolehkan saya mengimport barangan dari UK dan dari situ, perniagaan saya berkembang.

"Akhirnya, dalam tempoh 19 bulan, saya berjaya melangsaikan hutang RM900,000 yang ditanggung syarikat itu.

DATUK Ahmad Radzi Yahya bersama produk yang di keluarkan oleh syarikatnya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
DATUK Ahmad Radzi Yahya bersama produk yang di keluarkan oleh syarikatnya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

"Apabila hutang selesai, barulah saya boleh mendapatkan pinjaman bank untuk mengembangkan syarikat ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Ahmad Radzi berkata, dengan pinjaman bank itu membolehkan beliau membuka bengkel sendiri bagi menghasilkan sistem perabot dan peralatan makmal.

Beliau berkata, dengan menghasilkan produk sendiri membolehkan syarikatnya menerima tempahan yang besar dan kemudian, beliau mula membekalkan sistem perabot dan peralatan makmal kepada hospital.

Namun begitu, adat dunia perniagaan, ada turun dan naik, perniagaannya berdepan masalah susulan penangguhan beberapa kontrak.

Keadaan itu mendorong Ahmad Radzi meninjau peluang perniagaan baharu dengan meneroka sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Kebetulan, pada ketika itu, kawan saya mempunyai idea untuk membangunkan perniagaan dalam bidang ICT dan dengan sedikit modal saya melabur dalam perniagaan itu.

"Pada tahun pertama, saya rugi RM500,000, pada tahun kedua saya mendapat balik modal dan tahun ketiga perniagaan menjana keuntungan.

Perniagaan ICT ini berkembang maju dan kami menyenaraikan syarikat itu (Airocom Technology Bhd) di pasaran Mesdaq Bursa Malaysia pada 2006.

"Namun begitu, pengurusan yang tidak cekap dan dilihat akan memberi kesan tidak baik kepada saya, saya menjual saham saya dalam syarikat itu (Airocom)," katanya.

Beliau kemudian kembali kepada perniagaan asal yang diceburinya iaitu membekalkan sistem perabot dan peralatan makmal kepada sekolah dan syarikatnya berjaya mendapat kontrak RM40 juta untuk projek mengubahsuai makmal sekolah.

"Namun saya menghadapi masalah ketika itu, kerana syarikat saya tidak dapat membayar pinjaman bank dengan baik susulan kemerosotan perniagaan sebelum ini, saya tidak boleh membuka akaun bank baharu.

PENGARAH Urusan Servco Resources Sdn Bhd, Datuk Ahmad Radzi Yahaya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PENGARAH Urusan Servco Resources Sdn Bhd, Datuk Ahmad Radzi Yahaya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

"Bagaimanapun, nasib menyebelahi saya, syarikat mempunyai akaun yang tidak digunakan dan menggunakan akaun berkenaan untuk urusan kontrak yang baharu diterima itu," katanya.

"Alhamdulillah, perniagaan saya berkembang maju selepas itu dan kini syarikat saya sudah mula mengeksport produk perabot makmal ke luar negara," katanya.

Kini, produk sistem perabot makmal Servco telah digunakan di hampir 120 sekolah di seluruh Malaysia, 38 kolej dan universiti dan serta 80 agensi kerajaan dan swasta.

Ahmad Radzi berkata, Servco sudah mengeksport produknya ke Asia Barat dan kini syarikatnya menjadi satu-satunya syarikat dari Asia dijemput untuk membida kontrak membekalkan perabot makmal kepada sekolah di Oman.

Beliau berkata, selain itu, Servco kini mengeluarkan produk set binaan permainan kanak-kanak di bawah jenama Aisya.

Produk itu membolehkan kanak-kanak menghasilkan pelbagai bentuk model binaan dalam pelbagai rupa.

"Kini produk set binaan Aisya sudah berada di pasaran tempatan. Kami berjaya memasarkan produk di pusat menjual produk permainan kanak-kanak terkemuka dunia, Hamleys di One Utama," katanya.

DATUK Ahmad Radzi Yahya bersama produk yang di keluarkan oleh syarikatnya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
DATUK Ahmad Radzi Yahya bersama produk yang di keluarkan oleh syarikatnya. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

PROFIL

Datuk Ahmad Radzi Yahaya

Pengarah Urusan Servco Resources Sdn Bhd

Umur: 56 tahun

Asal: Dungun, Terengganu

Kelulusan: Sarjana Muda Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM)

Berita Harian X