Isnin, 30 March 2015 | 12:00am

MPOB F6 formula baja seimbang

BAJA MPOB16 mengandungi 100 peratus bahan unsur fosfat larut.
BAJA MPOB16 mengandungi 100 peratus bahan unsur fosfat larut.

Industri sawit berkembang dengan pesat di Malaysia dan bagi menjamin pengeluaran yang mampan, pengusaha sawit perlu sentiasa meningkatkan hasil sawit mereka.

Untuk mencapai hasil sawit dan pendapatan yang tinggi, pembajaan adalah faktor utama yang perlu dikawal dimana lebih 50 peratus kos pengeluaran sawit adalah kos pembajaan.

Oleh kerana pentingnya pembajaan sawit, MPOB dengan kerjasama Consolidated Fertilizer Corporation Sdn.Bhd (CFC) telah membangun dan mengkormersialkan produk baja sawit baharu iaitu MPOB F6 dengan for-mulasi nutrien ¿ N:10%, P2O5:7%, K2O:18, MgO:2.5%, B2O3:0.5% + TE.

Pelancaran produk baja itu disempurnakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sempena perasmian Persidangan Pekebun Kecil Sawit Kebangsaan 2014 yang lepas di Sibu, Sarawak.

Formulasi seimbang

Produk Baja F6 adalah hasil penyelidikan dan pembangunan MPOB yang diketuai oleh Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Dr Khalid Haron.

Melalui perjanjian kerjasama MPOB-CFC, syarikat CFC diberi lesen untuk mengeluar dan mengkomersialkan produk tersebut di pasaran.

Produk terkini MPOB F6 adalah baja premium kompak yang unggul dengan formulasi nutrien yang seimbang dan optimum dengan pelepasan sederhana dan dirumus khas untuk pokok sawit muda dan matang.

Produk ini mengandungi semua keperluan zat nutrien utama N, P, K, Mg untuk pokok sawit ditambah dengan Boron dan nutrien mikro yang diperlukan oleh pokok sawit.

Proses pengeluaran baja MPOB F6 menggunakan sumber bahan yang bermutu tinggi dan dikisar halus, digaul sama rata sebelum dipadatkan dan dipecahkan dalam bentuk kompak dan seragam.

Baja MPOB F6 sesuai digunakan untuk semua jenis tanah mineral tropika dengan lebih berkesan yang biasanya mengandungi fosfat yang rendah.

Bagi kebanyakan baja yang ada di pasaran kandungan fosfatnya adalah daripada batuan fosfat di mana kecekapan pengambilan fosfat adalah rendah sekitar 20 peratus hingga 30 peratus sahaja daripada fosfat yang dinyatakan.

PRODUK terkini MPOB F6 baja premium dengan formulasi nutrien yang seimbang dan optimum.
PRODUK terkini MPOB F6 baja premium dengan formulasi nutrien yang seimbang dan optimum.

Keistimewaan baja MPOB F6

Baja MPOB16 mengandungi 100 peratus bahan unsur fosfat larut dengan analisis melebihi 60 peratus fosfat larut air di mana sepenuhnya dapat diambil oleh pokok sawit dan memberi kesan yang lebih efektif kepada pokok sawit.

Produk baja MPOB F6 ini sentiasa padat dan tidak berketul dan mudah ditabur selerak di ladang. Bagi ladang besar, baja MPOB F6 juga boleh ditabur dengan menggunakan jentera `spreader'.

Ini dapat menjimatkan kos pembajaan, guna tenaga buruh, pengangkutan serta pengendalian dan produk baja ini juga tahan disimpan lama.

Baja MPOB F6 mempunyai pelbagai kelebihan seperti berikut:

- Bertindak melepaskan nutrien dengan kadar segera untuk keperluan pokok

serta mengurangkan kehilangan nutrien dengan lepasan secara perlahan

(slow-release).

- Sangat sesuai di kawasan taburan hujan yang tinggi seperti Sabah, Sarawak

dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

- Baja sentiasa padat dan tidak berketul atau berhabuk (tahan disimpan) serta

mudah ditabur selerak di ladang secara manual atau mekanikal.

- Baja MPOB F6 dibuat melalui proses kering dengan tekanan tinggi.

- Sumber bahan yang digunakan bermutu tinggi dan dikisar halus, digaul sama

rata sebelum dipadatkan dan dipecahkan dalam bentuk padat (kompak) dan seragam.

- Baja kompak ini sentiasa dalam keadaan keras dan tidak berasingan

(segregated) sekurang kurangnya dalam tempoh enam bulan.

- Penggunaan baja MPOB F6 dapat membantu tumbesaran pokok yang lebih baik dan

dapat meningkatkan hasil sawit dan pendapatan pengusaha sawit.

Berita Harian X