Sabtu, 4 April 2015 | 12:15am
KUALITI penyediaan makanan dan kebersihan sentiasa dititikberatkan di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
KUALITI penyediaan makanan dan kebersihan sentiasa dititikberatkan di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
NAN Garlic Cheese di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
NAN Garlic Cheese di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
PELBAGAI jenis roti nan yang terdapat di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
PELBAGAI jenis roti nan yang terdapat di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
AYAM tandoori antara menu istimewa di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
AYAM tandoori antara menu istimewa di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
BERIANI kambing antara menu istimewa RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
BERIANI kambing antara menu istimewa RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
BERIANI ayam antara menu istimewa RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
BERIANI ayam antara menu istimewa RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
RSMY House of Real Beriani menyediakan pelbagai jenis kuah istimewa untuk roti nan, mengikut cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin
RSMY House of Real Beriani menyediakan pelbagai jenis kuah istimewa untuk roti nan, mengikut cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin
KUALITI penyediaan makanan dan kebersihan sentiasa dititikberatkan di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin
KUALITI penyediaan makanan dan kebersihan sentiasa dititikberatkan di RSMY House of Real Beriani. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Meletup kerana nan keju

PEMILIK RSMY House of Real Beriani, Datin Nur Hidayah Mohammad (kanan) dengan menu istimewa nan keju dan lain-lain menu yang memenuhi cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin
PEMILIK RSMY House of Real Beriani, Datin Nur Hidayah Mohammad (kanan) dengan menu istimewa nan keju dan lain-lain menu yang memenuhi cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin

MENERIMA pengiktirafan pelanggan dan memikat selera tempatan menerusi estetika juadah luar bukanlah resipi usaha mudah dijayakan pengusaha industri makanan tempatan.

Apatah pula, sikap rakyat negara ini yang mudah menerima apa saja makanan dari luar menyebabkan kebanjiran kepelbagaian jenis makanan negara luar seperti Itali, Sepanyol, Amerika, Thailand, Portugis dan Indonesia menyebabkan pengusaha makanan bersaing hebat menjual produk masing-masing.

Namun, berbeza bagi restoran pelopor juadah Pakistan dalam negara, RSMY House Of Real Beriani (Restoran Selera MY), yang bertapak di Jalan Medan Tuanku dan Lorong Bunus 6, Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak 12 tahun lalu.

Terkenal dengan sajian roti nan keju (cheese nan) menggunakan keju mozarella, kebanyakan pelanggan tertarik merasai keenakan roti nan keju kerana rasanya yang kaya dengan keenakan keju sekali gus membuatkan pelanggan teruja mencipta gaya hidup masyarakat bandar, iaitu bergambar dan menerusi muat turun gambarnya ke laman sosial.

Pengurus Besarnya, Datin Nur Hidayah Mohammad, berkata tarikan keju mozarella yang diadun dalam roti menyebabkannya meleleh dan boleh `ditarik' ketika panas, menjadi bualan dalam kalangan pelanggannya dalam laman sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram.

RSMY House of Real Beriani menyediakan pelbagai jenis kuah istimewa untuk roti nan mengikut cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin
RSMY House of Real Beriani menyediakan pelbagai jenis kuah istimewa untuk roti nan mengikut cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin

10 lauk pilihan

"Pelanggan teruja dapat menarik keju sambil melakukan pelbagai aksi rakaman dan berkongsi bersama teman sosial mereka. Lebih menarik, apabila pelanggan boleh memilih lebih 10 lauk pilihan untuk dimakan bersama nan keju antaranya dal kering, daging cincang (beef kemma) dan ayam panggang tandoori.

"Bahkan, kami perkenalkan resipi baru, Yummy Cheese Nan, hasil gabungan hirisan ayam dan keju mozarella, baru-baru ini. Ternyata, percubaan baru mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan kanak-kanak dan penggemar ayam," katanya sentiasa memastikan produk RSMY menepati standard piawaian menerusi proses R&D.

Menurut Nur Hidayah, mereka tidak pernah merahsiakan resipi penghasilan roti nan keju kegemaran seluruh lapisan pelanggan kerana tiada ada yang hendak disembunyikan dalam penyediaannya melainkan penggunaan keju mozarella.

RSMY House of Real Beriani menyediakan pelbagai jenis kuah istimewa untuk roti nan mengikut cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin
RSMY House of Real Beriani menyediakan pelbagai jenis kuah istimewa untuk roti nan mengikut cita rasa pelanggan. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Tak berselera tanpa daging cincang

Sesetengah pelanggan seolah-olah tidak berselera untuk menikmati roti nan keju kalau tidak disajikan atau dicicah bersama lauk pilihan ramai iaitu gulai daging cincang dan ayam tandoori.

Kata Nur Hidayah, pernah beberapa kali pelanggan berlalu pergi dengan riak wajah kecewa selepas dimaklumkan sajian istimewa mereka tiada pada hari berkenaan.

"Mungkin, keaslian rasa dan tiada penggunaan bahan kimia seperti pewarna kerana kami menggunakan ramuan segar dan rempah ratus asli tradisional diimport dari Pakistan mencetuskan kelainan rasa. Dan kami jamin, hidangan disajikan adalah sihat serta sesuai dengan individu diet atau berpenyakit tiga serangkai," katanya.

Biarpun dengan 40 pekerja yang membantunya menguruskan empayar RSMY, Nur Hidayah tidak menang tangan melayani pelanggan terutama hujung minggu. Selalunya, antara 800 hingga 1000 keping roti nan habis dalam tempoh beberapa jam selepas kedai beroperasi.

Pelakon ternama dan artis kenamaan seperti Lisa Surihani, Datuk Ramli Sarip, Hail Amir, Qi Razali dan Hairul Azreen, antara pelanggan tetap RSMY.

PEKERJA RSMY House of Real Beriani menyediakan ayam tandoori. - Foto Kamarulzaman Ariffin
PEKERJA RSMY House of Real Beriani menyediakan ayam tandoori. - Foto Kamarulzaman Ariffin

Manakala, syarikat gergasi dan multinasional seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kementerian kerajaan kerap kali menempah dengan kuantiti banyak. Tidak ketinggalan, paparan media tempatan dan stesen televisyen seperti Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) meningkatkan populariti RSMY dalam kalangan penggemar nan keju.

"Kami turut melakukan perkhidmatan katering. Biarpun memiliki beberapa cawangan tetapi adunan roti, nasi beriani dan lauk pauk masih sama kerana disediakan `dalam satu dapur'. Cuma, penggunaan keju diletakkan mengikut permintaan dan dibakar dalam periuk tempayan atau `tandoor' selama dua hingga tiga minit," katanya.

Selain roti nan keju, pelanggan juga boleh memesan roti nan biasa, roti nan bawang putih, roti nan mentega serta roti nan mentega bersama bawang putih. Hidangan roti nan berharga antara RM3 hingga RM8.

Buat penggemar nan keju, sajian dihidangkan dua kali sehari bermula 12 tengah hari hingga 2.30 petang dan 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.

Selain roti nan keju, RSMY turut menjual nasi beriani ayam dan kambing yang pada asalnya, adalah produk perniagaan teras restoran berkenaan. Ketika itu, pelanggan memilih nasi beriani Pakistan dengan pilihan lebih tujuh jenis beriani seperti Hyderabad, Cindy dan Student.

Berita Harian X