Isnin, 13 April 2015 | 12:45am
KEMUDAHAN masjid yang terdapat di Kampung Datuk Keramat. - Foto Halim Salleh
KEMUDAHAN masjid yang terdapat di Kampung Datuk Keramat. - Foto Halim Salleh
AKTIVITI peniaga di pasar Datuk Keramat menjadi rutin kehidupan di kawasan itu. - Foto Saddam Yusoff
AKTIVITI peniaga di pasar Datuk Keramat menjadi rutin kehidupan di kawasan itu. - Foto Saddam Yusoff
PASAR Datuk Keramat dikenali antara pasar utama di Kuala Lumpur. - Foto Saddam Yusoff
PASAR Datuk Keramat dikenali antara pasar utama di Kuala Lumpur. - Foto Saddam Yusoff
PENIAGA menjalankan aktiviti mereka di pasar Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff
PENIAGA menjalankan aktiviti mereka di pasar Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff
SEBAHAGIAN hasil tani yang dijual di pasar Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff
SEBAHAGIAN hasil tani yang dijual di pasar Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff
ORANG ramai gemar mengunjungi pasar Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff
ORANG ramai gemar mengunjungi pasar Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff

2 kubur cetus nama Kampung Datuk Keramat

BAGI warga kota, nama Kampung Datuk Keramat memang tidak asing lagi, bukan saja kerana ia antara kawasan perkampungan Melayu terbesar di ibu negara, tetapi ia juga adalah syurga makanan. Sebut saja makanan apa, pasti dapat dijumpai di situ.

Begitu juga setiap kali kedatangan bulan Ramadan, Kampung Datuk Keramat bertukar wajah menjadi pesta makanan dengan ratusan gerai menjual pelbagai jenis makanan tempatan terutamanya di kawasan Pasar Datuk Keramat.

ANTARA papan tanda jalan di Kampung Datuk Keramat.
ANTARA papan tanda jalan di Kampung Datuk Keramat.

Dalam kemeriahannya sebagai syurga makanan, ramai yang tidak tahu asal-usul nama penempatan ini. BH Plus menyingkap maksud di sebalik nama perkampungan ini.

Penduduk lama Kampung Datuk Keramat, Mohd Ali Ridza Abdul Latif, 54, berkata kawasan ini dahulunya dikenali sebagai Kampung Tangga Cina.

"Ada dua versi nama Kampung Tanga Cina ini, Dulu, kawasan ini adalah lombong bijih timah. Ramai kaum Cina tinggal di kawasan itu dengan kerja sebagai pelombong dan dari situlah timbul nama Kampung Tangga Cina," katanya.

Cerita Mohd Ali Ridza, peristiwa hitam negara, 13 Mei, mengubah pola penduduk di situ. Peristiwa itu menyebabkan kaum Cina berpindah dan ia kemudiannya diduduki orang Melayu.

Satu lagi versi asal-usul Kampung Tangga Cina dikatakan berpunca daripada kehadiran beberapa orang India, di situ, yang dipanggil Tanggaci. Bagaimanapun, nama itu tidak kekal.

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) Mini di kawasan Kampung Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff
PUSAT Transformasi Bandar (UTC) Mini di kawasan Kampung Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff

Kehadiran kubur `keramat' di penempatan itu menyebabkan penduduk mula menggelar kawasan itu sebagai Kampung Datuk Keramat.

"Ramai yang tidak tahu Kampung Datuk Keramat ini diambil sempena dengan kehadiran sebuah kubur keramat di sini. Kedudukan kubur itu terletak bersebelahan dengan Pasar Keramat. Mengikut ceritanya, kubur keramat itu sangat popular dan ramai yang datang ke sini semata-mata untuk ke kubur itu.

"Pelbagai amalan khurafat dijalankan di situ kerana mereka percaya ia keramat. Tidak kira bangsa, semua datang minta hajat dan tidak kurang juga yang memuja. Sebab itu bila orang tanya nak pergi mana, jawapan mereka nak ke kampung Datuk Keramat. Jadi nama ini melekat sehinggalah dipanggil Kampung Datuk Keramat. Tapi siapa empunya kubur keramat itu tidak dapat dipastikan," kata Mohd Ali Ridza.

KAMPUNG Datuk Keramat dipercayai pernah dikenali sebagai Kampung Tangga Cina . - Foto Saddam Yusoff
KAMPUNG Datuk Keramat dipercayai pernah dikenali sebagai Kampung Tangga Cina . - Foto Saddam Yusoff

Kubur `keramat' itu bagaimanapun, kata Mohd Ali Ridza, kini sudah tiada. Ia dipindahkan oleh pihak tertentu atas faktor tidak mahu ia `disalahgunakan' dan kawasan yang menempatkan kubur itu dijadikan sebagai kawasan perkuburan Islam.

Bercerita mengenai pembangunan Kampung Datuk Keramat, beliau berkata, kawasan itu terkenal kerana pasarnya, seperti Pasar Siti Khadijah di Kelantan.

"Pasar Datuk Keramat dikenali sebagai antara pasar utama di Kuala Lumpur dan ia didominasi sepenuhnya oleh orang Melayu. Dahulunya, kawasan pasar ini adalah lombong. Kebanyakan kawasan Kampung Datuk Keramat ini dulu adalah bekas lombong dan peniaga hanya berniaga di tepi lombong ini tapi setelah lombong ditutup dan ditimbus, barulah pasar Datuk Keramat semakin besar.

PASAR Datuk Keramat menjadi kebanggaan penduduk di kawasan berkenaan. - Foto Saddam Yusoff
PASAR Datuk Keramat menjadi kebanggaan penduduk di kawasan berkenaan. - Foto Saddam Yusoff

"Pasar ini menjadi kebanggaan kepada penduduk di sini dan menjadi tarikan utama Kampung Datuk Keramat, tidak kira oleh pelancong dalam mahu pun luar negara," katanya.

BH Plus kemudiannya berusaha menjejaki kubur yang dikatakan keramat itu walaupun penduduk sudah memberitahu kubur itu tidak lagi wujud hari ini.

Beberapa penduduk yang ditemui di sekitar tanah perkuburan Islam Datuk Keramat berkongsi kisah serupa mengenai kewujudan kubur keramat itu.

Jamal Abdul Rashid, 43, yang telah hampir 20 tahun menjadi penjaga tanah perkuburan ini menyatakan sepanjang bekerja di situ, kubur keramat itu sudah tiada, namun berdasarkan cerita orang tua, kubur keramat itu dulu sangat dikagumi dan menjadi tumpuan orang ramai.

Katanya, ada seorang tua pernah bercerita kepadanya mengenai kewujudan dua kubur keramat, satu kubur yang dibaluti kain kuning dan satu lagi kubur dipercayai kepunyaan seorang India Muslim, dengan sebuah rumah kecil yang mempunyai kubah di tepinya.

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) Mini di kawasan Kampung Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff
PUSAT Transformasi Bandar (UTC) Mini di kawasan Kampung Datuk Keramat. - Foto Saddam Yusoff

"Kawasan tanah perkuburan ini dulu hutan dan ada dua kubur keramat. Mengikut cerita yang disampaikan kepada saya, kubur kepunyaan India Muslim itu setiap minggu akan dijalankan upacara menyembelih kambing sebelum dimasak dan dijamu kepada penduduk setempat. Ramai orang akan datang mengunjungi kawasan kubur ini dan ada yang berdoa serta meluahkan hajat.

"Tidak dapat dipastikan ia kubur siapa kerana sepanjang saya menjaga tanah perkuburan ini tiada waris yang datang bertanya dan mencari kedua-dua kubur keramat ini," katanya.

JAMAL Abdul Rashid sudah hampir 20 tahun menjadi penjaga Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.
JAMAL Abdul Rashid sudah hampir 20 tahun menjadi penjaga Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Seorang lagi penduduk yang enggan dikenali mengesahkan kewujudan dua kubur keramat itu.

Jelasnya, ketika kecil, beliau selalu bermain di kawasan itu dan dapat melihat dengan jelas sebuah rumah kecil yang mempunyai kubah terletak di sebelah kubur berkenaan.

Beliau yang kini berusia 50-an berkata, kedudukan rumah itu berada di dalam hutan dan dilindungi oleh pokok, malah tidak ramai kanak-kanak sebayanya berani bermain berdekatan rumah itu.

"Memang tidak dapat dinafikan, asal-usul nama Kampung Datuk Keramat adalah disebabkan kewujudan dua kubur keramat ini. Sudah menjadi kebiasaan orang dulu memilih nama kawasan berdasarkan keunikan atau perkara yang terjadi di sekitar," katanya.

Berita Harian X