Isnin, 13 April 2015 | 12:47am
ZUL Ariffin ingin terus berusaha membina tapak dalam industri hiburan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
ZUL Ariffin ingin terus berusaha membina tapak dalam industri hiburan. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
ZUL Ariffin ketika hadir pada majlis pengumuman finalis Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
ZUL Ariffin ketika hadir pada majlis pengumuman finalis Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH 2014) di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Zul Ariffin tak percaya boleh jadi lelaki romantik


KUALA LUMPUR: Pelakon Zul Ariffin mengakui bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak dan untuk itu, beliau memilih untuk tidak terlalu memikirkan persepsi negatif yang dilemparkan kepadanya.

Zul, 29, berkata ada sesetengah pihak yang beranggapan sikapnya sebagai seorang yang sombong dan 'poyo' (berlagak bagus), namun hakikatnya jelas Zul, beliau hanya bergaul rapat dengan mereka yang beliau rasa selesa.

ZUL Ariffin menyifatkan watak Zill Faezrul dalam drama bersiri Rindu Awak 200 % berjaya melonjakkan namanya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
ZUL Ariffin menyifatkan watak Zill Faezrul dalam drama bersiri Rindu Awak 200 % berjaya melonjakkan namanya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

"Mungkin ada orang suka dan ada orang tidak suka. Jadi, saya rasa kepada yang tidak menyukai saya, itu bukan masalah saya sebaliknya adalah masalah mereka. Jadi...'good luck'!

"Saya berperwatakan 'gila-gila' dengan orang yang saya selesa. Jadi, kepada yang saya rasa kurang selesa, tidak perlu untuk saya berperwatakan sebegitu. Tetapi ini tidak bermaksud saya memilih orang," kata Zul kepada BH PLUS.

Dalam pada itu, Zul berkata, populariti yang dikecapinya bukan tiket untuk beliau mendabik dada dan bersikap sombong sebaliknya ia adalah satu peringatan kepadanya untuk terus berusaha dalam membina tapak dalam industri.

ZUL Ariffin menerima Anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26. - Foto Zunnur Al Shafiq
ZUL Ariffin menerima Anugerah Pelakon Harapan Lelaki pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26. - Foto Zunnur Al Shafiq

ZUL Ariffin dinobatkan Pelakon Lelaki Pilihan pada Anugerah Drama festival KL 2015. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din
ZUL Ariffin dinobatkan Pelakon Lelaki Pilihan pada Anugerah Drama festival KL 2015. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Selain itu, Zul turut menegaskan karakter sebenarnya sama sekali tidak sama dengan watak Zill Faezrul, yang dijayakannya dalam drama bersiri Rindu Awak 200 %, yang berjaya melonjakkan namanya dan Ayda Jebat.

"Perwatakan saya sebenar jauh sekali dengan watak saya dalam drama bersiri itu. Saya memang tidak romantik langsung dan saya adalah seorang yang kasar.

ZUL Ariffin dan Nur Fathia Abdul Latiff menjadi penyampai pada Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH) di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Surianie Mohd Hanif
ZUL Ariffin dan Nur Fathia Abdul Latiff menjadi penyampai pada Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH) di Arena Of Stars, Genting Highlands. - Foto Surianie Mohd Hanif

"Watak romantik dengan karakter Zill Faezrul itu kena pada masanya dan mendapat tumpuan ramai. Saya akan terus mencuba membawa watak seperti ini, yang saya tidak sangka saya boleh lakukan.

"Terima kasih kepada pihak yang memberi sokongan kepada saya untuk mencuba karakter sebegini. Saya juga akan cuba melakonkan watak berbeza dari sebelum ini," katanya.

Zul bakal memulakan penggambaran untuk sebuah drama bersiri yang diadaptasikan daripada sebuah novel dalam masa terdekat.

Berita Harian X