Khamis, 16 April 2015 | 12:01am
PEMANCING bergambar bersama ikan tuna seberat kira-kira sekilogram. - Foto NSTP
PEMANCING bergambar bersama ikan tuna seberat kira-kira sekilogram. - Foto NSTP
KEPUASAN maksimum dirasai pemancing ketika bersama ikan. - Foto NSTP
KEPUASAN maksimum dirasai pemancing ketika bersama ikan. - Foto NSTP
PEMANCING sentiasa bersemangat untuk mendapatkan ikan idaman. - Foto NSTP
PEMANCING sentiasa bersemangat untuk mendapatkan ikan idaman. - Foto NSTP
IKAN gerepoh berjaya ditewaskan pemancing di Tukun Perak. - Foto NSTP
IKAN gerepoh berjaya ditewaskan pemancing di Tukun Perak. - Foto NSTP

Tukun Perak tidak menghampakan

TRIP memancing di Tukun Perak 2015. - Foto NSTP
TRIP memancing di Tukun Perak 2015. - Foto NSTP

TUKUN Perak terletak berhampiran sempadan Indonesia dengan jarak perjalanan 12 jam menaiki bot dari Jeti Kuala Kedah, Kedah.

Lokasi dari tanah besar di negeri bahagian utara Semenanjung Malaysia itu mengambil nama asal sebuah gunung laut.

Gunung jadi berwarna perak ketika dilimpahi cahaya matahari itu adalah lubuk terbaik memancing ikan gred 'A' seperti jenahak, siakap merah, gerepoh (GT), tuna dan kerapu.

Meskipun jauh, Tukun Perak sering dijadikan lokasi kaki jigging, popping dan bottom bagi menjerat GT yang mencecah berat hingga puluhan kilogram (kg).

Kepada pemancing yang menggunakan kekili elektrik ataupun 'mesin bangla', memancing ikan karang seperti jenahak dan kerapu, Tukun Perak amat sesuai untuk mereka.

 IKAN bersaiz idaman di lubuk yang dihuni kerapu. - Foto NSTP
IKAN bersaiz idaman di lubuk yang dihuni kerapu. - Foto NSTP

Lubuk jenahak, kerapu

Penulis yang kali pertama menjejakkan kaki ke Tukun Perak bersama Geng Mamu dan menggunakan khidmat tekong Hamdi, berasa cukup bertuah menimba pengalaman memancing di tukun ini.

Bagi mengaplikasikan kaedah jigging, penulis dibekalkan joran tajaan Expert Graphite Offshore Fighter PE 0.6-1.5 berkelas ringan untuk tujuan memburu GT atau tuna di sekeliling tukun.

Rakan lain pula seperti Zabidi, Jamil, Rashid, Helmi dan Yazid menggunakan mesin bangla dan peralatan popping yang sesuai untuk perairan mempunyai kedalaman 60 hingga 200 meter.

Pada malam pertama, tekong Hamdi melabuhkan botnya berhampiran Tukun Perak dan menurutnya lubuk kesukaannya itu tidak pernah menghampakan pelanggannya sebelum ini.

Namun, keadaan malam hingga ke awal pagi itu terjadi sebaliknya, apabila kami terdiri daripada sepuluh ahli langsung gagal menaikkan ikan bersaiz idaman di lubuk yang dihuni jenahak dan kerapu ini.

KEKILI elektrik Shimano Beast Master 9000 berumpankan selar hidup berjaya menaikkan gerepoh seberat tiga kilogram. - Foto NSTP
KEKILI elektrik Shimano Beast Master 9000 berumpankan selar hidup berjaya menaikkan gerepoh seberat tiga kilogram. - Foto NSTP

Ebek 3kg

Menyedari keadaan ini, tekong Hamdi mengalihkan bot dengan dibantu tiga awak-awak ke lubuk seterusnya. Jamil bernasib baik pada hari kedua apabila kekili elektrik Shimano Beast Master 9000 berumpankan selar hidup berjaya menaikkan ebek tiga kg.

Sekali lagi beliau menggunakan umpan sama dan dihadiahkan ikan tuna gigi anjing (dogtooth tuna) bersaiz dua kg. Spesies eksklusif itu jarang dinaikkan di tukun ini dan biasanya terdapat di perairan Laut Andaman.

Berbalik kepada nasib penulis, dua kali kejadian tali putus angkara ikan GT dan tuna merencatkan semangat memancing ketika itu akibat alpa tidak menukar tali baharu.

Malam kedua berlangsung hingga awal pagi hari ketiga, Zabidi, Yazid, Helmi, Baderul dan Rashid berjaya menjerat beberapa ekor siakap merah, cupak, tongkol dan GT. Jerat hanya menggunakan besi jig dan selar hidup yang dipancing di unjam sekitar perairan Kuala Kedah.

Tekong Hamdi yang meminjam set jigging kepunyaan Zabidi iaitu joran Jigging Master Ocean Devil PE1.5-4 dan kekili Ryobi Safari berjaya menjerat GT berskala 30kg ketika kumpulan spesies sama muncul di permukaan air sebesar padang bola sepak!

PEMANCING bersama ikan gerepoh yang berjaya diperoleh. - Foto NSTP
PEMANCING bersama ikan gerepoh yang berjaya diperoleh. - Foto NSTP

Gembira kelilingi tukun

Dua hari mengelilingi Tukun Perak kurang memberangsangkan dan tekong Hamdi membawa kami ke unjam Siam yang ditinggalkan sejak puluhan tahun dulu.

Di unjam yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Tukun Perak, kumpulan kami berpesta tongkol bersaiz sekitar sekilogram. Jig Ima Gun 30g perak milik Yazid paling laku dimamah tongkol.

Berita Harian X